Friday, April 30, 2010

Perlembagaan Malaysia

1. Apa itu Perlembagaan Malaysia?
Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia boleh menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara.

2. Adakah pindaan boleh dilakukan terhadap Perlembagaan Malaysia?
Boleh dengan syarat. Satu majoriti (2/3) bersetuju terhadap pindaan daripada 2 dewan, iaitu dewan rakyat dan dewan negara serta mendapat persetujuan daripada YDPA.

3. Ada beberapa laman web yang sangat berguna untuk mendapatkan maklumat mengenai Perlembagaan Malaysia, antaranya:
4. Memahami isi kandungan dan sejarah Perlembagaan Malaysia adalah penting bagi semua warganegara Malaysia. Kita tidak mahu generasi baru Malaysia mengabaikan pengetahuan ini.

Berbual vs. Mendengar

Perbualan antara 2 individu.

1. Berbual atau bersembang adalah satu perkara yang menyeronokkan. Ada tatacara yang boleh diamalkan apabila anda sedang berbual atau bersembang. Samada ianya berlaku dalam suasana formal ataupun tidak formal.

2. Perbualan boleh berlaku antara 2 orang atau lebih.Apabila berbual ada pihak yang akan bercakap dan satu pihak lagi pendengar. Bercakap dan mendengar adalah 2 perkara yang berbeza. Apabila A sedang bercakap, B dan C perlu mendengar sebelum memberi feedback. Mendengar melibatkan proses memahami dan menganalisa content.

3. Jadi apabila anda berbual, pastikan anda memahami dan menganalisa dengan betul. Bukan mendengar apa yang kita mahu dengar. Ada juga antara kita tidak berminat untuk mendengar. Hanya suka menyambung atau menghabiskan ayat orang lain dengan andaian kita memahami mereka dengan betul.

4. Topik perbualan juga perlu sesuai. Pilihlah topik yang boleh dikongsi bersama. Tidak menyentuh isu-isu yang sensitif, seperti fahaman agama, politik atau topik yang lucah. Kita tidak mahu menimbulkan ketidakselesaan dengan orang yang berbual bersama kita.


Wednesday, April 28, 2010

Komunikasi Non-Verbal

1. Komunikasi non-verbal merupakan satu jenis komunikasi yang berlaku tanpa menggunakan kata-kata. Ia boleh berlaku kerana manusia mampu memahami mesej yang diberi dan diterima tanpa menggunakan kata-kata.

2. Komunikasi NV boleh dilakukan melalui sentuhan, body language dan posture, facial expression, dan eye contact.

3. Selain daripada itu, komunikasi NV juga boleh dilakukan melalui beberapa objek yang boleh berkomunikasi seperti penggunaan warna, stail rambut tertentu ataupun penggunaan simbol.

4. Apabila kita berada di suatu tempat, cuba perhatikan beberapa perkara yang disebut di atas. Kita boleh memahami sesuatu budaya atau amalan melalui penggunaan simbol-simbol tertentu. Apabila kita berada di masjid, kita boleh perhatikan, wanita memakai telekung berwarna putih. Lelaki pula berbaju melayu dan berkain pelekat (pemandangan yang tipikal pada hari raya contohnya). Pakaian tersebut mewakili rakyat Malaysia yang beragama Islam.

5. Ataupun apabila kita menghadiri sebuah konsert pada malam minggu. Cuba perhatikan fesyen dan stail rambut yang dikenakan oleh peminat yang hadir. Dari situ kita boleh mengagak, siapa penyanyi yang mengadakan konsert atau jenis muzik yang akan didendangkan.

Peminat Punk


Peace



Kasut


1. Kasut merupakan satu keperluan di dalam Penampilan Diri. Pemilihan kasut yang sesuai adalah penting.

2. Terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum membuat pemilihan atau pembelian kasut, antaranya:

  1. jenis pekerjaan kita
  2. majlis atau occassion yang dihadiri
  3. aktiviti dan tempat

Buku

What You Wear Can Change Your Life by Trinny Woodall and Susannah Constantine.

1. Buku ini boleh menjadi satu bahan rujukan menarik kepada pelajar bagi topik Penampilan Diri.

2. Antara isi kandungan yang terdapat di dalam buku ini adalah :

  1. Defining your shape
  2. Underwear
  3. Color
  4. Culling
  5. No-cost Wardrobe
  6. Accessories
  7. Storage
  8. Makeup
  9. Traveling
  10. Pregnancy
3. Bagi sesiapa yang berminat boleh berjumpa dengan saya untuk berkongsi bahan.

Kemahiran Dinamika Semester 1 2010/2011

Selamat datang kepada semua pelajar KML yang akan mengambil subjek Kemahiran Dinamika Semester 1 2010/2011.