Monday, June 28, 2010

Film review

1. Tugasan yang terdekat adalah penulisan film review. Pelajar dikehendaki menonton filem pada 21 Julai 2010. Pelajar boleh merujuk papan notis unit untuk melihat lokasi tutoran masing-masing. Semua dewan kuliah akan digunakan.

2. Pelajar boleh merujuk laman web ini untuk melihat format penulisan film review

3. Pelajar juga dikehendaki membuat tugasan ini secara berkumpulan. Ahli kumpulan adalah sama seperti kumpulan membuat tugasan folio. Film review hendaklah ditulis dalam satu muka surat A4, Times New Roman/Arial, single spacing dan justify. Format cover juga adalah sama seperti folio.

4. Tugasan perlu diserahkan kepada saya pada 2 Ogos 2010, 3.00 petang.

5. Jom Tengok Wayang!

Sunday, June 6, 2010

Protokol

1. Perkataan protokol berasal daripada cantuman perkataan Yunani protos (bermaksud pelekat) dan kolla (bermaksud status atau kedudukan).

2. Menurut Kamus Dewan (1993), protokol merupakan peraturan-peraturan atau prosedur menyambut tetamu dalam istiadat rasmi negara.

3. Di Malaysia, protokol boleh diertikan sebagai peraturan, tatacara, atau amalan sosial kehidupan bermasyarakat.

4. Menurut Poerwalarminta (1976), protokol merupakan upacara dan etiket yang dipatuhi oleh semua diplomat dan ketua negara sebelum sesuatu perjanjian atau dokumen rasmi ditandatangani.

5. Mary Jame dan Ranline (1972), menyebut bahawa protokol bukan amalan tetap tetapi sering berubah mengikut perkembangan budaya kehidupan.

6. Longmans (1996), mentafsir protokol sebagai suatu sistem upacara mengenai peraturan-peraturan yang ditetapkan dan amalan yang diterima oleh wakil atau tetamu kerajaan dalam upacara rasmi.

7. Menurut Rahmat (2002), protokol merupakan kod amalan masyarakat sosial yang dihasilkan berdasarkan interaksi sejak beribu-ribu tahun. Amalan masyarakat sosial ini merangkumi cara dan gaya duduk, berpakaian, panggilan yang sesuai, susunan tempat duduk dan acara, kesesuaian kata-kata aluan dan ucapan, dan sebagainya.


Rujukan:

Mook Soon Sang. (2010). Teks lengkap PTK.Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.