Wednesday, September 28, 2011

Koleksi Gambar Aktiviti Pelajar


Raptai peserta Mencari Bintang.

Sketsa SIRDEM oleh urusetia MED III.

Jeremy dan Karen juruacara.


Band KML diketuai oleh Danny Basir.



Antara koleksi gambar persediaan pelajar menganjurkan MED III Sesi 2011/2012.

SALAM TERAKHIR BERTAUT KASIH


Urusetia pada malam 11 September 2011.

King dan Queen of the Night pada 10 September 2011.

Barisan pensyarah Kemahiran Dinamika pada 10 September 2011.

King dan Queen of The Night pada 25 September 2011.

Barisan pensyarah Kemahiran Dinamika dan tetamu jemputan.



Pelajar membuat persembahan




Salam Terakhir Bertaut Kasih semester 1 sesi 2011/2012 diadakan pada 10, 11 dan 25 September 2011. Majlis makan malam ini diadakan di Tiara Labuan Hotel. Pada 11 September 2011 makan malam diserikan dengan kehadiran Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas En. Ahzan Bakrin dan Timbalan Pengarah KML En. Kamarudin Mansur.

MED III


Johan Mencari Bintang.


En. Mansur menyanyikan lagu 60'an.


Finalis Mr. dan Miss KML Malam Ekspresi Dinamika III.


Mr. KML dan Miss KML bersama Timbalan Pengarah KML.


Ketibaan Pengarah KML En. Sawang@Rizal b. Amit.


MED III pada 24 September 2011 telah berjalan dengan baik di Dewan Mutiara Kolej Matrikulasi Labuan. Pada semester ini pertandingan yang dianjurkan adalah Mr. dan Miss KML serta Mencari Bintang. Mr. dan Miss KML perlu memperagakan pakaian dan memberi penerangan mengenai pakaian dan menjawab soalan daripada panel hakim. Elemen baru semester ini 6 peserta akhir Mr. dan Miss KML perlu mempersembahkan bakat dalam pelbagai bidang. Peserta akhir Mencari Bintang pula perlu menyanyikan lagu wajib dan satu lagu ciptaan sendiri.

MED III turut diserikan dengan kehadiran En. Mansur pensyarah unit Bahasa Inggeris dengan persembahan lagu 60an. Urusetia MED III turut mempersembahkan satu sketsa lucu sementara menunggu keputusan hakim. Tahniah kepada juruacara yang berjaya menghangatkan suasana Jeremy dan Karen serta Louvies dan Zafirah.

Thursday, June 9, 2011

JK MED III Semester 1 Sesi 2011/2012

Temuduga JK Malam Ekspresi Dinamika III akan diadakan pada ketentuan berikut:


14 dan 15 Jun 2011


7.30 petang


Tingkat 5 Bilik Seminar Sri Kayangan


Semua kumpulan tutoran wajib menghantar wakil untuk temuduga ini.
Antara jawatankuasa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Pengerusi
2. Naib Pengerusi
3. Setiausaha
4. Jurugambar
5. Multimedia dan Alat Muzik
6. Publisiti
7.Pengacara Majlis (Lelaki dan perempuan)
8.Kehadiran Pelajar
9.Peserta Pertandingan
10. Hadiah

Wednesday, June 1, 2011

Semester 1 2011/2012

Tugasan pada semester ini perlu dihantar pada 11 JULAI 2011/3.00 PETANG.

Temuduga dan ujibakat untuk MALAM EKSPRESI DINAMIKA 3 akan diadakan pada
10 dan 11 JUN 2011
di Tingkat 5 Bilik Seminar Sri Kayangan.

Semua tutoran diwajibkan menghantar wakil.

Wednesday, March 16, 2011

Makan Malam Salam Terakhir Bertaut Kasih


Persembahan hangat dari kumpulan Cordon.


Pelajar Hayat.


Pensyarah Kemahiran Dinamika KML


Pelajar yang meraikan sambutan hari lahir.


Sonnet 18 menyanyikan lagu tema unit Kemahiran Dinamika, Kejayaan.


Persembahan mantap dari kumpulan Abjad.


Pari-pari.


Pada 12 Mac 2011 yang lepas, Makan Malam Salam Terakhir Bertaut Kasih anjuran unit Kemahiran Dinamika di Manikar Beach Resort Labuan telah diadakan. Makan malam ini merupakan pengalaman pertama bagi unit Kemahiran Dinamika meraikan semua pelajar Hayat yang mengambil subjek ini pada semester 2 sesi 2010/2011.

Objektif utama makan malam adalah sebagai platform kepada pelajar untuk mempraktikkan teori adab di meja makan di samping memberi pelajar pengalaman sebenar mengurus dan mengendalikan majlis.

Makan malam turut diserikan dengan persembahan hangat oleh kumpulan Cordon, Sonnet 18, Abjad dan beberapa persembahan solo pelajar. Tema makan malam bagi kumpulan tutoran En. Abu Talip adalah 'Pari-pari' manakala kumpulan tutoran En. Aizamin Abd Aziz adalah 'Blues Beriman'.

Makan malam kumpulan tutoran En. M.T.Azar Azahir Shamsuddin dan Pn. Haslinda Radzali akan diadakan pada 19 Mac 2011 di Tiara Labuan Hotel.

Thursday, February 17, 2011

MED II


Barisan peserta Miss KML


Barisan Mr.KML


Peserta memperagakan pakaian kebangsaan lelaki.


Peserta memperagakan pakaian kebangsaan orang Cina.


Persembahan Nyanyian Bahasa Melayu


Persembahan Nyanyian Bahasa Inggeris


Persembahan Tarian


Lagi persembahan nyanyian Bahasa Inggeris

Antara yang menarik

Wednesday, February 16, 2011

MED II


JK Pentas.


Jurugambar dan JK Peserta.


JK Multimedia


Urusetia MED II


Penyambut tetamu.


Pengacara majlis menemuramah pensyarah.


JK Kehadiran mengambil kehadiran pelajar.

Urusetia MED II - Komitmen dan kerjasama urusetia pada MED II sangat membanggakan!

MALAM EKSPRESI DINAMIKA II


Peserta Miss KML memperagakan pakaian kebangsaan kaum bumiputera Sabah.


Peserta Miss KML memperagakan baju kebaya.


Peserta MR.KML memperagakan pakaian kerja.


Peserta MR. KML memperagakan pakaian kebangsaan orang India.


Peserta Nyanyian Berkumpulan.

12 Februari 2010 - Malam Ekspresi Dinamika II yang bertemakan Kesenian Cinta Yang Membara telah berjalan dengan jayanya di Dewan Mutiara KML. MED merupakan aktiviti wajib setiap semester bagi pelajar yang mengambil subjek Kemahiran Dinamika.

Pada semester ini, 50 orang pelajar Hayat yang dipilih menjadi urusetia telah menunjukkan komitmen dan bakat dalam mengendalikan majlis. Antara pertandingan yang diadakan pada semester ini adalah MR. dan MISS KML, Pertandingan Mencipta Lagu Berkumpulan melibatkan 2 kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Persembahan Tarian. MED 2 kali ini berjaya mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni dan persembahan, pengucapan awam, penulisan lirik, komposer lagu dan pengendalian majlis.

Kita berjumpa lagi di Malam Ekspresi Dinamika III pada semester depan!

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Tahun Baru Cina



Kepada semua pelajar Hayat Kemahiran Dinamika Semester 2 Sesi 2010/2011
yang menyambut Tahun Baru Cina.