Tuesday, December 18, 2012

Etiket Meja Makan


ETIKET MEJA MAKAN

18 Disember 2012

 

Oleh     Dr. Usang Anak Ngrambang

             Ketua Unit Kemahiran Dinamika

 

Salam sejahtera pelajar KML, berikut adalah beberapa panduan etiket meja makan.

Keperibadian kita semasa majlis makan rasmi   dapat digambarkan melalui penampilan diri semasa majlis berkenaan. Makan bersama orang lain merupakan satu bentuk perkongsian yang amat besar ertinya untuk mewujudkan suatu suasana yang tenteram dan menyenangkan semasa menikmati  juadah.  Berikut adalah beberapa tips yang perlu diberi perhatian semasa makan di majlis makan rasmi.

Perkara yang perlu dilakukan sebelum makan.Keluar dan masuk hendaklah melalui sebelah kanan kerusi tempat duduk anda. Sebaik sahaja duduk (kerusi berhadapan ‘setting’) ambil napkin dan   letakkan di atas riba secara perlahan (bukan dikibas). Jangan mengalih, membelek-belek pinggan dan kutleri (untuk melihat jenama) atau menukar susunannya . Jangan lapkan pinggan/kutleri   (menjatuhkan air muka tuan rumah/pihak hotel).

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa majlis makan rasmi ialah seperti berikut. Makanan dihidangkan dari sebelah kiri anda. Minuman dihidang dari sebelah kanan. Pinggan kotor diambil dari sebelah kanan. Peraturan menggunakan kutleri ialah dari luar ke dalam. Sup yang masih panas jangan pula ditiup. Biarkan sup sejuk sendiri. Jangan mengangkat mangkuk dan menghirup terus dari mangkuk. Untuk mengelakkan sup yang dihirup tidak tumpah, waktu menyuap hendaklah    tundukkan kepala sedikit. Menyenduk sup ke arah tengah meja dan di makan dari sisi sudu.

Tunggu semua di meja mendapat makanan (sup/makanan utama) sebelum anda mula makan. Apabila memakan masakan utama seperti steak/ayam atau bahan-bahan pengiringnya, bahagian utama diletakkan hampir dengan anda . Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke mulut satu persatu. Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar . Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang, memadailah anda mengambil bahagian yang terdekat sekali

Jika anda memerlukan krim/susu dan gula untuk kopi, tuang krim/susu dahulu, kemudian gula dan kacau perlahan-lahan. Sedapat mungkin, elakkan daripada merokok di meja makan,  kecuali semasa menghadapi kopi (minta izin daripada tetamu lain dahulu). Elakkan sendawa dan bersin di meja makan. Jika tidak dapat dikawal, tutup mulut anda dengan napkin, tunduk sebelah kiri dan bersin (atau cepat-cepat tahan nafas dengan memicit hidung).

Faktor lain yang perlu diambil berat ialah mengunyah makanan haruslah dengan mulut yang       tertutup agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Jangan bercakap dengan mulut yang dipenuhi makanan. Jangan menggunakan tangan atau sebarang pencongkel gigi. Sebaiknya ia dilakukan di toilet. Ketika di meja makan, jangan pula kamu bersolek dan mendandan rambut. Semua ini         seeloknya dilakukan di toilet. Elakkan merokok di meja makan.

Sekian, terima kasih

Tuesday, December 11, 2012

Pembentangan Pelajar II

Pembentangan pelajar sudah berjalan bermula pada 3 Disember 2012. Topik yang dibentangkan adalah topik Penampilan Diri. Saya ingin berkongsi beberapa tips semasa membuat pembentangan. Melalui pemerhatian saya selama 2 minggu terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Antaranya:

  1. Slide power point - kumpulan pembentang perlu menyediakan slide dengan clean background atau pun background yang bersih, kosong dan simple. Perkara ini boleh memberi kesan kepada audience lebih fokus dan memberi perhatian terhadap isi kandungan yang dipaparkan oleh pembentang. Di sini pendekatan less is more adalah sangat relevan.
  2. Fontfont  yang dicadangkan adalah Arial dan size adalah 12 atau 14.
  3. Masa -  Masa yang diberikan adalah 45 minit. Kumpulan pembentang haruslah bijak membahagikan masa dan giliran pembentang terhadap subtopik di dalam pembentangan.
  4. Body language - apabila membuat pembentangan pastikan eye contact  dengan audience berlaku. Jangan takut atau segan untuk memandang kepada audience. Berdirilah dengan yakin dan tenang apabila membuat pembentangan. Facial expression juga perlulah manis dan sesuai. Jangan terlalu beku atau janggal.
  5. Intonasi - Volum suara dan intonasi perlulah diberi perhatian. Jangan membentang dengan suara yang keras, kasar atau terlalu perlahan. Biasakan penggunaan Bahasa Melayu yang standard. Sekiranya ingin menerangkan sesuatu di dalam Bahasa Inggeris, pastikan ayat yang digunakan mudah difahami oleh audience. Suara perlulah jelas, terang dan bahasa yang digunakan adalah mudah difahami oleh audience.
  6. Senarai rujukan - Pastikan di dalam slide terakhir senarai rujukan perlu dipaparkan. Rujukan perlu ditulis di dalam format APA. Acknowledgement terhadap sumber adalah penting. Bahan yang diperoleh dari pelbagai sumber perlu dimasukkan di dalam senarai rujukan.Pastikan pembentang mencari bahan dari pelbagai sumber mengikut keutamaan iaitu buku, kamus, majalah, suratkhabar dan laman web.
  7. Penampilan diri - Penampilan diri semasa membuat pembentangan adalah kemas dan bersih. Pakaian yang digunakan sebenarnya dapat membantu meningkatkan keyakinan diri pembentang. Warna pakaian adalah yang sesuai dengan warna kulit dan usia. Jangan 'terlampau' apabila mengenakan pakaian.

 

Tuesday, November 27, 2012

Pembentangan Pelajar

Selamat datang kepada semua pelajar WD021 Semester 2 2012/2013. Pada semester ini, Unit KD akan menggunakan pendekatan student-centered learning dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Ini bermakna, semua pelajar akan mengambil bahagian dan memainkan peranan masing-masing di dalam kumpulan kecil.

Setiap kumpulan tutoran akan dibahagikan kepada kumpulan kecil seramai 4-5 orang di dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan akan membuat pembentangan berdasarkan 3 topik utama iaitu Penampilan Diri, Kemahiran Berkomunikasi dan Pendidikan Kewarganegaraan. Pelajar akan membuat pembentangan dan menyediakan slide power point samada di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu bersama senarai rujukan.

Objektif utama pendekatan ini digunakan untuk memberi  platform kepada pelajar mengasah kemahiran membuat pembentangan dan mengaplikasikan teknik pengucapan awam. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mempelajari tatacara mengurus dan mencari maklumat dari pelbagai sumber. Kepelbagaian bahan dan sumber boleh dimanipulasi untuk mendapatkan bahan yang relevan dan berkenaan. Interaksi dan kerjasama di dalam kumpulan juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menghargai semangat bekerja dalam pasukan dan menghormati di antara satu dengan lain.

Harapan kami semoga pelajar WD021 akan terus dinamik dan proaktif sepanjang semester 2 2012/2013.

Wednesday, October 17, 2012

PD: Bentuk Badan.

Apakah bentuk badan anda?

Manusia di dunia ini dilahirkan dengan pelbagai bentuk badan. Ada yang tinggi ada yang rendang. Ada yang kurus ada yang berisi. Jadi jangan gusar kerana manusia sememangnya tiada yang sempurna. Bentuk badan manusia dikategorikan kepada 6 kategori yang utama antaranya ruler shape, egg shape, hourglass shape, figure 8 shape, cone shape dan spoon shape.(Sheila Wong, 2002).

Penampilan diri individu boleh dimanipulasi dengan pemilihan warna dan pakaian yang sesuai mengikut tempat, masa dan jenis majlis. Pemilihan warna, corak dan jenis kain adalah penting kerana ia dapat membina imej yang dikehendaki, samada mahu kelihatan lebih tinggi, lebih kurus atau sebaliknya. Pemakaian mengikut bentuk badan merupakan faktor yang utama. Pemakaian bukanlah semata-mata mengikut trend semasa. Ramai antara kita menjadi mangsa kepada trend. Sebagai pelajar yang mempunyai pengetahuan asas mengenai penampilan diri, pelajar perlu bijak mengenakan pakaian mengikut bentuk badan masing-masing.


STBK: Semester 1 2012/2013

                                                             Chinese Dinner.

                                             Makan malam bertemakan masquerade.
                                                         Persembahan pelajar.
                                             Pemenang King and Queen of the Night.
                                            Pemenang King and Queen of the Night.

Salam Terakhir Bertaut Kasih
22 & 29 September 2012.

Makan malam Salam Terakhir Bertaut Kasih diteruskan lagi pada semester ini. Pada semester ini, Unit KD KML mengadakan makan malam berkonsepkan Chinese Dinner. Pelajar berkongsi makanan dan mengaplikasikan teori etiket dan adab di meja makan. Makan malam diserikan dengan beberapa aktiviti antaranya King and Queen of the Night, persembahan nyanyian pelajar dan pensyarah, cabutan bertuah dan lain-lain.

MED V: PATRIOTIK

                                                    Juara Nyanyian Solo Lagu Patriotik.
                                                        Peserta menerima piala.
                                             Penyampaian hadiah oleh Pengarah KML.
MED V:PATRIOTIK
8 September 2012

Natassia Linus dipilih pemenang nyanyian lagu solo patriotik pada Malam Ekspresi Dinamika V (MED V) Semester 1 Sesi 2012/2013 di Dewan Mutiara.

Kemenangan yang diraih mengalahkan 3 peserta lain dalam kategori solo. Panel hakim turut mengambil kira kekuatan vokal, kualiti persembahan dan kreativiti pelajar. Hadiah piala dan sijil disampaikan oleh Pengarah KML, En Sawang @ Rizal B. Amit. Hadir sama Timbalan Pengarah En. Kamarudin B. Mansor. Turut hadir, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas, En. Ahzan B. Bakrin.

Sebanyak 3 kategori dipertandingkan pada semester ini, termasuk Kategori Nyanyian Solo Lagu Patriotik, Kategori Nyanyian Berkumpulan Lagu Patriotik dan Deklamasi Sajak Patriok. Kumpulan Boli Bah meraih johan untuk kategori nyanyian berkumpulan dan menerima hadiah hamper dan sijil. Manakal saudari Hafizah dalam kategori sajak menerima hadiah piala dan sijil.

MED V anjuran Unit Kemahiran Dinamika meneruskan kegemilangan menyediakan platform kepada pelajar Semester 1 Sesi 2012/2013 mengurus dan mentadbir majlis rasmi, mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar di samping menerapkan semangat patriotik sempena bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 55.

Friday, May 25, 2012

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU SEMESTER SATU SESI 2012/2013

Selamat datang kepada semua pelajar baru KML! Semester ini Unit Kemahiran Dinamika juga telah menerima ahli baru, iaitu En.Nanda-Kumar a/l Damodaran. Semester ini Unit KD KML akan diterajui oleh Ketua Unit yang baru iaitu En. Usang Ngrambang.

Kepada semua pelajar baru, selamat menempuh alam baru dengan semangat baru!

Tuesday, February 28, 2012

Rukun Negara

Minggu ini topik Rukun Negara akan mula dibentangkan oleh pelajar. Rukun Negara merupakan satu ideologi untuk menyatukan masyarakat majmuk di Malaysia. Pemahaman yang mendalam terhadap 5 prinsip Rukun Negara adalah penting untuk menjadikan ideologi ini berkesan. Rakyat Malaysia khususnya generasi muda perlu mengambil iktibar signifikan peristiwa 13 Mei 1969. Ekoran daripada peristiwa ini, kepentingan mengekalkan keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat menjadi tanggungjawab semua. 5 prinsip ini sekiranya dihayati, akan menjamin perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat Malaysia.

Kepada semua pelajar generasi muda rakyat Malaysia, prinsip Rukun Negara perlu menjadi garis panduan untuk menjalani kehidupan bermasyarakat majmuk. Aplikasi prinsip ini dalam kehidupan seharian membuktikan rakyat Malaysia mampu mengekalkan perpaduan. Perpaduan di kalangan masyarakat merupakan tunjang utama terhadap pembangunan negara yang mapan.
Platform ini adalah penting untuk memastikan rakyat dan pembangunan seiring dan sejalan membangun dengan lebih progresif dan dinamik.


5 prinsip Rukun Negara:

1. Kepercayaan kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
3. Keluhuran Perlembagaan.
4. Kedaulatan undang-undang.
5. Kesopanan dan Kesusilaan.

MED IV

Semester 2 2011/2012 berlalu begitu pantas. MED IV akan diadakan pada 4 Mac 2012 pada Ahad pukul 7.30 petang di Dewan Mutiara KML. Semua pelajar yang mengambil subjek Kemahiran Dinamika WD 021 diwajibkan hadir.

Kemanusiaan. Cintai Kehidupan. Tema MED IV. Sama-sama kita nantikan!