Tuesday, February 28, 2012

Rukun Negara

Minggu ini topik Rukun Negara akan mula dibentangkan oleh pelajar. Rukun Negara merupakan satu ideologi untuk menyatukan masyarakat majmuk di Malaysia. Pemahaman yang mendalam terhadap 5 prinsip Rukun Negara adalah penting untuk menjadikan ideologi ini berkesan. Rakyat Malaysia khususnya generasi muda perlu mengambil iktibar signifikan peristiwa 13 Mei 1969. Ekoran daripada peristiwa ini, kepentingan mengekalkan keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat menjadi tanggungjawab semua. 5 prinsip ini sekiranya dihayati, akan menjamin perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat Malaysia.

Kepada semua pelajar generasi muda rakyat Malaysia, prinsip Rukun Negara perlu menjadi garis panduan untuk menjalani kehidupan bermasyarakat majmuk. Aplikasi prinsip ini dalam kehidupan seharian membuktikan rakyat Malaysia mampu mengekalkan perpaduan. Perpaduan di kalangan masyarakat merupakan tunjang utama terhadap pembangunan negara yang mapan.
Platform ini adalah penting untuk memastikan rakyat dan pembangunan seiring dan sejalan membangun dengan lebih progresif dan dinamik.


5 prinsip Rukun Negara:

1. Kepercayaan kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
3. Keluhuran Perlembagaan.
4. Kedaulatan undang-undang.
5. Kesopanan dan Kesusilaan.

MED IV

Semester 2 2011/2012 berlalu begitu pantas. MED IV akan diadakan pada 4 Mac 2012 pada Ahad pukul 7.30 petang di Dewan Mutiara KML. Semua pelajar yang mengambil subjek Kemahiran Dinamika WD 021 diwajibkan hadir.

Kemanusiaan. Cintai Kehidupan. Tema MED IV. Sama-sama kita nantikan!