Sunday, February 24, 2013

MED VI:REVOLUSI


Vokal yang mantap juara Nyanyian Solo Kategori Staff.
Persembahan bertenaga juara Nyanyian Solo Kategori Pelajar.

Barisan MISS KML yang cantik menawan.

Barisan MR.KML yang tampan bergaya.

Reaksi gembira dan positif dari pelajar yang memberi sokongan.

Pelajar yang hadir memeriahkan MED VI.

Pemenang dan peserta bersama tetamu jemputan.

MED VI bertemakan Revolusi berjalan lancar pada malam Februari 23, 2013 di Dewan Mutiara Kolej Matrikulasi Labuan.Dewan Mutiara seperti malam-malam MED yang lepas dibanjiri penuh dengan penonton memberi sokongan dan menikmati pengisian Malam Ekspresi Dinamika. MED VI kali ini diserikan dengan penyertaan staf KML untuk kategori staf  Nyanyian Solo 3 peserta akhir dan 7 peserta akhir untuk kategori pelajar,7 peserta akhir MISS KML dan 6 peserta akhir untuk MR.KML.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan, En. Sawang @ Rizal Bin. Amit, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas, En. Ahzan Bin. Bakrin serta Ketua Jabatan Sains En. Nazaruddin Bin.Zakaria.

MED VI telah menobatkan Natassia sebagai Johan Nyanyian Solo menewaskan 6 peserta yang lain. Ini adalah pertandingan kali kedua buat Natassia Linus. Vokal dan persembahan yang mantap dari Natassia serta pengalaman lalu menyertai MED V memberi kelebihan terhadap beliau. Bagi kategori staf, johan adalah Cik Roslina Hammadiya. Ayas Ali Bin Inayat  telah menewaskan 5 peserta yang lain dalam kategori MR. KML dan Amelakuraina Bt Gani menewaskan 6 peserta MISS KML yang lain. Penampilan diri yang segak dan menawan, gaya catwalk yang menampilkan keyakinan diri yang tinggi serta keserasian bersama pasangan memberi Ayas dan Amelakuraina lonjakan dalam markah yang dikumpulkan. Kelancaran menjawab soalan secara spontan dengan idea yang bernas berjaya menarik perhatian para juri dan penonton.

MED VI kali ini membuktikan bahawa pelajar mampu mengurus tadbir dan menjalankan majlis mengikut kreativiti dengan semangat berpasukan yang tinggi. Pendekatan active learning yang memerlukan penglibatan yang tinggi dari pelajar memberi ruang dan peluang kepada mereka  untuk menjadi lebih kritis dalam menyelesaikan masalah, menguruskan masa dan wang, mampu bekerja di dalam satu pasukan dan yang paling penting memberikan komitmen yang tinggi melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
Syabas kepada jawatankuasa MED VI!