Wednesday, January 9, 2013

Kemahiran Berkomunikasi

Minggu ini pembentangan bermula dengan tajuk baru Kemahiran Berkomunikasi. Asas komunikasi adalah satu tajuk yang sangat penting kepada semua pelajar. Asas komunikasi dapat membantu pelajar meningkatkan social skill dalam perhubungan interpersonal dalam kehidupan seharian.

Pada asasnya, teori komunikasi yang sangat popular dan mudah difahami adalah teori Harold Laswell,

Who (says) What (to) Whom (in) What Channel (with) What Effect

Model Laswell
Semua elemen di dalam komunikasi dijelaskan dengan terang melalui teori ini. Who (sender), mesej, medium, to whom (receiver) dan kesan atau feedback.Apabila kita berkomunikasi secara jelas melibatkan sender dan receiver. Mesej yang disampaikan pula akan melalui channel ataunpun medium yang tertentu bergantung kepada kesesuaiannya. Feedback akan dapat dikesan secara verbal ataunpun non verbal. 

Setiap individu adalah sender dan receiver dalam masa yang sama. Kita boleh menjadi sender dan receiver apabila kita mula berkomunikasi dengan orang lain. Topik ataupun isi yang disampaikan, dibincangkan dan diterima merupakan mesej ataupun maklumat. Mesej boleh jadi sesuatu yang baru atau lapok. Semua orang berminat untuk berkongsi maklumat dan kita akan berkomunikasi dengan kelompok yang sama berkongsi minat, latarbelakang, tahap pendidikan dan kumpulan yang sama. Familiarity di dalam kelompok membantu kita lebih memahami mesej yang disampaikan. Contohnya, sekumpulan remaja berumur 18 dan 19 tahun boleh bekerjasama dengan baik dalam satu kumpulan berbanding dengan beberapa orang remaja dan warga emas.

Medium yang digunakan dan feedback yang diterima bergantung kepada situasi tertentu. Apabila tiada gangguan ataupun noise di dalam proses komunikasi, secara teorinya komunikasi telah berjalan secara lancar. Medium ataupun alat yang terlibat boleh meningkatkan keberkesanan proses komunikasi. Contohnya, apabila seorang pengarah sebuah kolej ingin menyampaikan amanat kepada pensyarah dan staff, komunikasi perlu dijalankan di dalam sebuah dewan kuliah yang kondusif, berhawa dingin, dilengkapi dengan alat audio visual yang lengkap di dalam penyampaian amanatnya. Beberapa faktor perlu diambil kira bagi memastikan feedback yang diterima adalah positif seperti masa penyampaian amanat, isi kandungan amanat dan matlamat.

Komunikasi berlaku tidak semestinya perlukan kepada percakapan. Individu yang tidak bercakap dan mendiamkan diri juga sebenarnya sedang berkomunikasi dengan orang lain. Memek muka dan tingkah lakunya sedang menyampaikan mesej kepada orang disekelilingnya bahawa dia mahu bersendirian ataupun sedang berfikir tentang sesuatu. Nah! bukankah itu satu bentuk komunikasi secara non verbal.

Siapa kata individu yang selalu bersendirian bergerak secara solo tidak berkomunikasi dengan kelompok disekelilingnya. Semua individu berkomunikasi dengan orang lain. Samada sedar atau tidak, setiap masa kita menerima pelbagai mesej daripada orang di sekeliling kita. Bagaimana kita menginterpretasi mesej juga bergantung kepada sejauh mana kita memahami budaya setempat ataupun latarbelakang sender.


Rujukan
 
Gale Encyclopedia of Biography. Diambil kembali pada Januari, 2013 daripada http://www.answers.com/topic/harold-laswell#ixzz2HRskRi84
Laswell Model.(2012). Diambil kembali pada Januari 9,2013 daripada http://communicationtheory.org