Monday, June 16, 2014

Imej Diri

Imej adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ia datang dalam bentuk pakej pada diri seseorang. Sekiranya anda seorang ketua di dalam sebuah kumpulan atau organisasi, imej anda akan sentiasa menjadi buah mulut orang di sekeliling anda.

Menurut Rich Drinon, imej anda akan mewakili siapa diri anda, dari mana anda datang dan semua yang berkaitan dengan anda pada pandangan mata orang yang melihat. Menurut beliau lagi imej seseorang  mempunyai beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.

A untuk Attitude
Untuk menjadi seorang pemimpin anda perlu mempunyai attitude atau sikap yang sepatutnya. Ini datang dari dalam diri seseorang. Sikap yang positif perlu dibina dan dibangunkan. Banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk berada di dalam mod yang positif. Cara anda mengurus diri, cara anda memulakan hari anda dengan routin yang positif dapat memberi sumbangan dalam pembinan sikap yang positif. Bersenam, bermeditasi, berdoa, membaca, mendengar muzik dan banyak lagi cara yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian.

D untuk Dress
Seorang pemimpin perlu memahami kepentingan mengenakan pakaian yang sesuai mengikut tempat dan majlis serta mengenalpasti warna yang sesuai untuk diri masing-masing. Saiz pakaian perlu mengikut bentuk badan. Banyak bahan rujukan mengenai pakaian di pasaran pada hari ini, beberapa buku yang boleh dirujuk antaranya John Molloy's Dress for Success atau Carole Jackson's Color Me Beautiful dan Colour For Men. Jangan lokek untuk membeli bahan bacaan untuk mengemaskini pengetahuan anda mengenai pakaian.

E untuk Expression
Air muka seseorang memaparkan petunjuk yang jelas mengenai seseorang. Percayalah! Air muka anda ketika menyampaikan sesuatu atau memberi arahan akan memberi impak samada arahan diterima dengan baik atau sebaliknya. Eye contact anda perlu dikawal mengikut situasi. Sekiranya anda mahu difahami, arahan dipatuh, penyampaian mesej dalam bentuk arahan perlulah jelas dan selari dengan bahasa badan secara lisan atau bukan lisan.

P untuk Poise
Kebolehan anda mengawal sikap dan perasaan anda ketika berada di dalam situasi yang kritikal juga sangat penting. Sejauh mana anda mampu mengawal tindak tanduk dan perasaan dalam suasana yang mencabar. Poise melambangkan keperibadian seseorang dalam pelbagai situasi.

T untuk Tone
Intonasi seseorang semasa berkomunikasi boleh memberi petunjuk mengenai keperibadian seseorang. Intonasi juga boleh membantu pendengar mengenal pasti tahap autoriti seseorang dan samada bersikap asertif atau sebaliknya. Seorang pemimpin perlu tahu menggunakan intonasi yang sesuai untuk menyampaikan mesej mengikut keperluan. Semasa berjumpa orang baru, semasa membincangkan suatu urusan kerjasama dengan pelanggan atau pelabur intonasi dapat memberi impak.

Imej adalah perkara penting yang perlu dibina dalam diri seseorang. Seorang pemimpin terutamanya perlu mempunyai pakej yang lengkap dan boleh dipaparkan di dalam imej yang ditampilkan. Percayalah first impression mengenai diri anda mampu memberi impak yang besar dalam semua urusan seharian anda!


Rujukan
Weinberg Dr., G., & Rowe, D. (1998). The projection principle. New York, NY:St. Martin's Press.
Rich Drinon. Managing leadership image, perception & misperceptions. Retrieved from http://www.kscpa.org on Jun 15, 2014.