Thursday, April 9, 2015

PSPM 2 2014/2015

Selamat menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) kepada semua pelajar KMKt pada  20-28 April 2015.

Thursday, April 2, 2015

MALAM APRESIASI DINAMIK (MAD)

Malam Apresiasi Dinamik (MAD) diadakan buat kali pertama oleh Unit Kemahiran Dinamika Kolej Matrikulasi Kelantan pada 1 April 2015 bertempat di Dewan Ibnu Yunus. Semua pelajar yang mengambil subjek Kemahiran Dinamika pada Semester 2 Sesi 2014/2015 menghadiri majlis ini. MAD diadakan untuk memberi penghargaan kepada semua pelajar WD021 ke atas penyertaan dan komitmen dalam beberapa aktiviti yang telah dianjurkan oleh unit KD sepanjang semester ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Pentas Pengucapan Awam dan Pertandingan Multimedia. Pengarah Kolej KMKt Raja Abdul Rahman bin Raja Amaran sudi hadir dan merasmikan majlis Majlis Apresiasi Dinamik bersama Ketua Jabatan Sastera Ihtisas, Encik Shahrin bin Osman dan Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, Encik Roslan bin Mohd Nor.

Ketua Unit Kemahiran Dinamika memberi ucapan.

Pengarah Kolej Matrikulasi Kelantan.

Tetamu kehormat.

Persembahan oleh Saudari Priya.

Persembahan oleh Saudari Kai Jing.

Multimedia Terbaik.

Johan Pentas Pengucapan Awam Bukan Bumiputera.

Johan Pentas Pengucapan Awam Bumiputera.

Pelajar WD021 2014/2015.

Pelajar WD021 2014/2015.

Pelajar WD021 2014/2015.

Pengacara majlis yang menjayakan majlis.