Monday, July 6, 2015

Bengkel Asas Penghasilan Multimedia

Pada 2 Julai 2015, Khamis bertempat di Dewan Kuliah Besar 2, satu Bengkel Asas Penghasilan Multimedia telah diadakan oleh Unit Kemahiran Dinamika. Seramai 145 orang pelajar Semester 1 2015/2016 menghadiri bengkel ini. Bengkel dikendalikan oleh Encik Mohd Shamil Azhan b. Inche Ibrahim pensyarah Bahasa Inggeris.

Bengkel ini diadakan untuk meningkatkan kualiti hasil multimedia yang dihasilkan oleh pelajar untuk tugasan WD011. Setiap semester pelajar dikehendaki menghasilkan tugasan secara berkumpulan menghasilkan bahan multimedia berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Melalui penilaian yang dibuat ke atas bahan multimedia yang dihasilkan oleh pelajar pada semester lepas, didapati bahawa pelajar tidak mempunyai pendedahan mengenai multimedia. Hasil kualiti bahan multimedia tidak mencapai tahap yang digariskan.

Unit Kemahiran Dinamika mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini dengan menganjurkan bengkel Asas Penghasilan Multimedia. Jadi,objektif utama bengkel diadakan adalah memberi pendedahan kepada pelajar dengan pengetahuan asas bahan multimedia, memahami perkakasan dan perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan multimedia dan mempunyai idea untuk melaksanakan tugasan penghasilan multimedia yang dikehendaki pada semester ini.

Sambutan yang diberikan adalah positif dan terdapat sebilangan pelajar yang berminat mencadangkan agar diadakan bengkel lanjutan atau siri 2 untuk memahami dengan lebih mendalam penghasilan bahan multimedia.



Bengkel dikendalikan oleh Encik Mohd Shamil Azhan.

Peserta Bengkel.

Bengkel Asas Penghasilan Multimedia.