Wednesday, September 28, 2011

MED III


Johan Mencari Bintang.


En. Mansur menyanyikan lagu 60'an.


Finalis Mr. dan Miss KML Malam Ekspresi Dinamika III.


Mr. KML dan Miss KML bersama Timbalan Pengarah KML.


Ketibaan Pengarah KML En. Sawang@Rizal b. Amit.


MED III pada 24 September 2011 telah berjalan dengan baik di Dewan Mutiara Kolej Matrikulasi Labuan. Pada semester ini pertandingan yang dianjurkan adalah Mr. dan Miss KML serta Mencari Bintang. Mr. dan Miss KML perlu memperagakan pakaian dan memberi penerangan mengenai pakaian dan menjawab soalan daripada panel hakim. Elemen baru semester ini 6 peserta akhir Mr. dan Miss KML perlu mempersembahkan bakat dalam pelbagai bidang. Peserta akhir Mencari Bintang pula perlu menyanyikan lagu wajib dan satu lagu ciptaan sendiri.

MED III turut diserikan dengan kehadiran En. Mansur pensyarah unit Bahasa Inggeris dengan persembahan lagu 60an. Urusetia MED III turut mempersembahkan satu sketsa lucu sementara menunggu keputusan hakim. Tahniah kepada juruacara yang berjaya menghangatkan suasana Jeremy dan Karen serta Louvies dan Zafirah.

Thursday, June 9, 2011

JK MED III Semester 1 Sesi 2011/2012

Temuduga JK Malam Ekspresi Dinamika III akan diadakan pada ketentuan berikut:


14 dan 15 Jun 2011


7.30 petang


Tingkat 5 Bilik Seminar Sri Kayangan


Semua kumpulan tutoran wajib menghantar wakil untuk temuduga ini.
Antara jawatankuasa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Pengerusi
2. Naib Pengerusi
3. Setiausaha
4. Jurugambar
5. Multimedia dan Alat Muzik
6. Publisiti
7.Pengacara Majlis (Lelaki dan perempuan)
8.Kehadiran Pelajar
9.Peserta Pertandingan
10. Hadiah

Wednesday, June 1, 2011

Semester 1 2011/2012

Tugasan pada semester ini perlu dihantar pada 11 JULAI 2011/3.00 PETANG.

Temuduga dan ujibakat untuk MALAM EKSPRESI DINAMIKA 3 akan diadakan pada
10 dan 11 JUN 2011
di Tingkat 5 Bilik Seminar Sri Kayangan.

Semua tutoran diwajibkan menghantar wakil.