Thursday, July 11, 2013

SALAM RAMADHAN

Unit Kemahiran Dinamika mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1000 makna.

Thursday, April 4, 2013

Bekerja Sambilan


Bekerja sambilan satu pengalaman.
22 April 2013 pelajar KML akan menduduki PSPM sebelum meninggalkan kolej. Pelajar akan pulang ke kampung kembali ke pangkuan keluarga. Sebelum hari pendaftaran ke universiti, masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Pelajar boleh melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah antaranya mengikuti kursus-kursus untuk meningkatkan kemahiran diri, membuat kerja atau aktiviti sukarelawan, ataupun mencari kerja sambilan untuk jangka masa pendek. Banyak pengalaman boleh diperolehi sekiranya pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. 

Saya menyokong ibubapa atau penjaga yang memberi kebebasan kepada pelajar untuk bekerja sambilan semasa menunggu panggilan surat tawaran ke institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Pengalaman bekerja sambilan dapat memupuk keyakinan diri pelajar berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat.Pelajar boleh mendapatkan pengalaman menghadiri sesi temuduga dan penyediaan resume bagi memenuhi syarat pengambilan pekerja di mana-mana organisasi. Kemahiran interpersonal pelajar dapat dikembangkan di dalam situasi yang sebenar. Kemahiran berfikir aras tinggi dapat dipupuk apabila pelajar menghadapi konflik atau situasi yang mencabar di luar norma kehidupan pelajar. Elemen ini sangat penting untuk menyediakan pelajar lebih bersedia menghadapi cabaran dan mengukuhkan ketahanan diri pelajar dalam pelbagai situasi. Sokongan ibubapa dan penjaga sangat penting dalam hal ini. 

Kemahiran berbahasa Melayu dan Inggeris juga boleh dipraktiskan semasa bekerja secara sambilan. Belajar berkomunikasi secara  praktikal memberi impak yang lebih berkesan. Perasaan rendah diri dan malu boleh diatasi apabila pelajar 'terpaksa' berkomunikasi dengan penggunaan bahasa yang sesuai apabila menangani pelanggan. Pengalaman adalah satu keperluan untuk meneruskan kehidupan pelajar yang penuh mencabar pada hari ini.

Satu kajian Part Time Jobs Among Youths (2000) telah dijalankan di Vennesla Secondary School, Norway  mendapati walaupun pelajar bekerja, 80% pelajar yang bekerja secara sambilan semasa bersekolah memberitahu pekerjaan sambilan tidak menjejaskan kerja sekolah. Pelajar yang bercuti seharusnya tidak mempunyai alasan untuk tidak bekerja secara sambilan kerana tiada komitmen terhadap kerja sekolah atau tugasan tertentu. Fikir-fikirkan!


Rujukan
Kristin Myrvold, Steinar Heggland, Anne Hjelleset, Anne Siri Skomedal, Kari Telstoe & Marianne Voreland.(2000). Part time jobs among youth. Diambil kembali pada April 4, 2013 dari http://www.vennesla.vgs.no/grid/living/jobs/deltid/deltid.htm

Sunday, March 31, 2013

SALAM TERAKHIR BERTAUT KASIH

STBK SEMESTER 2 SESI 2012/2013

Pada 30 Mac 2013, majlis makan malam Salam Terakhir Bertaut Kasih diadakan sekali lagi dengan jayanya oleh unit Kemahiran Dinamika, Kolej Matrikulasi Labuan di Tiara Labuan Hotel. Makan malam ini diselaraskan oleh En.M.T.Azar Azahir Shamsuddin dan dibantu oleh semua pensyarah Kemahiran Dinamika. Tema makan malam adalah black & white. Urusetia makan malam yang dikendalikan oleh pelajar telah mengadakan beberapa aktiviti semasa makan malam antaranya ialah persembahan pelajar, nyanyian karoke oleh setiap tutoran yang terlibat dan pensyarah, cabutan bertuah, sambutan hari lahir pelajar pada bulan Mac dan aktiviti kemuncak pada malam tersebut King and Queen of The Night. 

Penganjuran majlis makan malam ini telah memberi ruang dan peluang kepada pelajar mempraktiskan teori dan amalan adab di meja makan yang telah dipelajari di dalam P&P. Pelajar juga dapat melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung membina kreativiti, memupuk keyakinan diri di dalam penganjuran majlis serta menjana semangat bekerjasama di dalam pasukan. Sesebuah majlis makan malam tidak mungkin berjalan tanpa kerjasama dan komitmen pelajar khususnya dan pensyarah secara amnya.
Pengacara majlis yang menceriakan suasana,

Persembahan solo Hamdan.

Sara dan Pennysilyana.

Persembahan unik pelajar.

Duet.

Petikan gitar Marcos dan Alvin.

Persembahan tutorial BP1T8.

King & Queen of the Night.

Sesi bergambar bersama pensyarah.

Sesi bergambar bersama pensyarah.
Sesi bergambar bersama pelajar.