Monday, February 24, 2014

Program Apresiasi Sastera Modul Kenegaraan.

Sempena tahun baru 2014, antara program baru yang dianjurkan oleh unit KD KML adalah Program Apresiasi Sastera Modul Kenegaraan serta Bengkel Penulisan Kreatif. Program ini berkolaberasi bersama Perbadanan Labuan, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Jabatan Pelancongan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bengkel Penulisan Kreatif yang menampilkan Encik Ismail Kassan, penerima Anugerah Sea dan Writer Award 2012 merupakan daya penarik kepada semua peminat penulisan kreatif dan sastera. Bengkel yang melibatkan lebih 250 orang pelajar KML berjalan selama 3 hari bermula 21 Februari sehingga 23 Februari 2014. Majlis Perasmian Penutupan Program Apresiasi Sastera Modul Kenegaraan pada 23 Februari 2014 berlangsung di Dewan Mutiara KML.

Antara persembahan pelajar pada malam penutupan.

Ketibaan Timbalan Pengarah KML bersama tetamu jemputan.

Persembahan pelajar,

Nazam "Kasih Ayah dan Ibu" Irama Versi Kedah dan Perlis.

 
Persembahan penuh jiwa dan penghayatan.



Tolong Aku Ayah, Tolong Aku Ibu karya Hashim Yaacob.

Genta Cinta karya Lim Swee Tin.

Syair Definisi Orang Berakal karya Irama Perindu.

Persembahan pelajar.

Tanah Ini Akan Mencintai Aku karya Latif Mohidin.

Thursday, July 11, 2013

SALAM RAMADHAN

Unit Kemahiran Dinamika mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1000 makna.

Thursday, April 4, 2013

Bekerja Sambilan


Bekerja sambilan satu pengalaman.
22 April 2013 pelajar KML akan menduduki PSPM sebelum meninggalkan kolej. Pelajar akan pulang ke kampung kembali ke pangkuan keluarga. Sebelum hari pendaftaran ke universiti, masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Pelajar boleh melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah antaranya mengikuti kursus-kursus untuk meningkatkan kemahiran diri, membuat kerja atau aktiviti sukarelawan, ataupun mencari kerja sambilan untuk jangka masa pendek. Banyak pengalaman boleh diperolehi sekiranya pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. 

Saya menyokong ibubapa atau penjaga yang memberi kebebasan kepada pelajar untuk bekerja sambilan semasa menunggu panggilan surat tawaran ke institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Pengalaman bekerja sambilan dapat memupuk keyakinan diri pelajar berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat.Pelajar boleh mendapatkan pengalaman menghadiri sesi temuduga dan penyediaan resume bagi memenuhi syarat pengambilan pekerja di mana-mana organisasi. Kemahiran interpersonal pelajar dapat dikembangkan di dalam situasi yang sebenar. Kemahiran berfikir aras tinggi dapat dipupuk apabila pelajar menghadapi konflik atau situasi yang mencabar di luar norma kehidupan pelajar. Elemen ini sangat penting untuk menyediakan pelajar lebih bersedia menghadapi cabaran dan mengukuhkan ketahanan diri pelajar dalam pelbagai situasi. Sokongan ibubapa dan penjaga sangat penting dalam hal ini. 

Kemahiran berbahasa Melayu dan Inggeris juga boleh dipraktiskan semasa bekerja secara sambilan. Belajar berkomunikasi secara  praktikal memberi impak yang lebih berkesan. Perasaan rendah diri dan malu boleh diatasi apabila pelajar 'terpaksa' berkomunikasi dengan penggunaan bahasa yang sesuai apabila menangani pelanggan. Pengalaman adalah satu keperluan untuk meneruskan kehidupan pelajar yang penuh mencabar pada hari ini.

Satu kajian Part Time Jobs Among Youths (2000) telah dijalankan di Vennesla Secondary School, Norway  mendapati walaupun pelajar bekerja, 80% pelajar yang bekerja secara sambilan semasa bersekolah memberitahu pekerjaan sambilan tidak menjejaskan kerja sekolah. Pelajar yang bercuti seharusnya tidak mempunyai alasan untuk tidak bekerja secara sambilan kerana tiada komitmen terhadap kerja sekolah atau tugasan tertentu. Fikir-fikirkan!


Rujukan
Kristin Myrvold, Steinar Heggland, Anne Hjelleset, Anne Siri Skomedal, Kari Telstoe & Marianne Voreland.(2000). Part time jobs among youth. Diambil kembali pada April 4, 2013 dari http://www.vennesla.vgs.no/grid/living/jobs/deltid/deltid.htm