Monday, August 25, 2014

Sayembara Suara Pujangga

Pada 20 Ogos 2014 yang lepas, Sayembara Suara Pujangga anjuran Unit Kemahiran Dinamika, Kolej Matrikulasi Kelantan telah diadakan di Dewan Ibnu Yunus, bermula pukul 5 sehingga 7 petang sempena menyambut bulan kemerdekaan yang bermula pada 16 Ogos sehingga 16 September 2014. Program ini merupakan program pertama Unit Kemahiran Dinamika pada tahun 2014 melibatkan penyertaan pelajar Semester 1 Sesi 2014/2015. Jumlah penyertaan amat memberangsangkan, 30 penyertaan untuk kategori pelajar bumiputera dan 11 penyertaan kategori bukan bumiputera.

Matlamat utama program ini adalah untuk menyediakan platform kepada pelajar mendeklamasikan puisi bertemakan kemerdekaan negara. Pelajar juga dapat memperkasakan semangat cintakan negara serta memupuk minat pelajar untuk memartabatkan nilai-nilai perpaduan. Sajak yang dideklamasikan diambil dari buku Suara Kita:Antologi Seribu Sajak Merdeka, terbitan Jabatan Penerangan Malaysia. Buku ini mengandungi rakaman suara hati rakyat Malaysia terhadap erti kebebasan yang dinikmati bersama dalam genre sajak yang sarat dengan estetika, berseni serta tepu dengan anologi.

Antara coretan peserta pada hari tersebut.

Ketegasan menyampaikan sajak.

Yakin dan tenang mendeklamasikan sajak.

Mempamerkan emosi yang menyentuh jiwa.

Peserta bersemangat tinggi.

Peserta bumiputera.

Peserta bukan bumiputera.

Urusetia pengurusan peserta.

Barisan juri.

Monday, July 28, 2014

Salam Aidilfitri.
















1 Syawal 1435. 28 Julai 2014.
Selamat menyambut Hari Raya Puasa.
Semoga hari raya tahun ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada semua.

Tuesday, July 22, 2014

Mendengar

Mendengar merupakan satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh seseorang apabila berkomunikasi dengan orang lain. Kemahiran mendengar melibatkan aktiviti mendengar, menganalisis, memberi perhatian, memahami dan mengingati mesej yang disampaikan oleh penutur.  Mendengar bukan sahaja melibatkan sepasang telinga anda, ia juga melibatkan kebolehan pendengar membaca orang lain melalui pergerakan non verbal seseorang.

Listening vs Hearing
Ramai pelajar keliru apabila membaca kenyataan diatas. Percayalah ianya adalah dua perkara yang berbeza. Hearing ialah proses menangkap bunyi-bunyian yang dilakukan oleh telinga secara fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran otak namun listening adalah satu proses yang aktif melibatkan psikologi iaitu melakukan lebih daripada menangkap bunyi-bunyian tetapi mampu memahami, mengingati dan memberi respond kepada penutur.

Berapa ramai antara kita mengamalkan listening secara efektif mencerap, memproses dan menyimpan maklumat baru berdasarkan pendengaran yang dilakukan?

Pembelajaran efektif boleh berlaku apabila pelajar mempunyai kemahiran mendengar yang baik. Apabila seseorang pelajar mengaplikasikan mendengar secara aktif, saya percaya masa boleh digunakan dengan baik untuk mengulangkaji pelajaran. Mendengar secara aktif juga boleh membantu pelajar menggunakan kebolehan untuk menyalin nota dengan berkesan dan pantas. 

Mendengar secara aktif juga boleh melancarkan hubungan interpersonal antara pelajar dengan pensyarah, pelajar dengan pelajar, anak dengan ibu atau bapa, atau saya dengan awak. Urusan seharian manusia boleh dijalankan dengan baik apabila kedua-dua pihak mampu menyampaikan mesej dan boleh difahami. Arahan dari pihak atasan, teguran dari pihak berkuasa, penerangan dari pihak pensyarah boleh difahami dan dilaksanakan dengan berkesan.

Kebolehan pendengar mendengar, memahami dan menilai mesej yang disampaikan oleh penutur dapat membezakan samada anda menggunakan sepasang telinga yang dianugerahkan sebaik-baiknya atau tidak. Ada sebab mengapa manusia dicipta dengan sepasang telinga dan satu mulut sahaja. Proses pembelajaran boleh berlaku dimana-mana hanya dengan hanya melakukan aktiviti mendengar secara aktif!