Sunday, May 16, 2010

Pengkisahan Negara

1. Jabatan Penerangan W.P. Labuan menganjurkan satu pertandingan pengkisahan negara pada bulan Mei 2010. :Ujibakat telah dijalankan dan 3 kumpulan telah dipilih untuk mewakili KML.

2. Urusetia akan dipilih dari beberapa kumpulan tutorial semester 1 2010/2011. Beberapa jawatankuasa akan ditubuhkan antaranya:

  • Jawatankuasa Persiapan Tempat
  • Jawatankuasa Sijil
  • Jawatankuasa Sambutan
  • Jawatankuasa Tarian Aluan
  • Jawatankuasa Tarian Sambutan
3. Pelajar Kemahiran Dinamika dialu-alukan menyertai jawatankuasa di atas. Pelajar juga akan diwajibkan menghadiri menyaksikan pertandinga Pengkisahan Negara kerana pertandingan ini adalah aktiviti pelajar bagi semester 1 2o1o/2011. (Kehadiran diwajibkan dan akan diambil)

4. Terima Kasih.

Friday, May 14, 2010

Napkin

Napkin dalam pelbagai bentuk.

1. Napkin di meja makan dilipat di dalam pelbagi bentuk. Selalunya ia diletak di atas pinggan makan dan tersusun cantik di atas meja. Walaunpun ia kelihatan sangat cantik dan unik, jangan berasa bersalah untuk menggunakannya. Napkin mempunyai pelbagai fungsi yang sangat penting ketika berada di meja makan.

2. Antara fungsi penting napkin adalah sebagai alat yang digunakan untuk mengelap mulut yang kotor apabila sedang menikmati jamuan makan. Ia mampu menyelamatkan baju daripada terkena kuah atau minuman yang mungkin terjatuh atau tertumpah ke atas riba semasa menikmati hidangan. Selain daripada itu, napkin berfungsi untuk menutup mulut apabila tekak terasa tidak selesa dan mahu terbatuk.

3. Napkin juga merupakan satu alat komunikasi non verbal dengan pelayan yang berada di dewan makan. Apabila napkin diletakkan di atas kerusi, ia memberi maksud bahawa anda akan kembali ke meja makan. Napkin di atas meja makan, memberitahu kepada pelayan bahawa anda telah selesai makan dan sudah meninggalkan jamuan makan.

4. Jadi berhati-hatilah apabila anda meletakkan napkin anda. Jangan pula melenting apabila anda kembali ke meja makan dan kesemua alat kutleri telah dikemas oleh pelayan yang bertugas ketika itu!

Imej dari www.customlinenservice.com/napkins.htm

Thursday, May 13, 2010

Etika Di Meja Makan

Gambaran di meja makan.

Jenis kutleri dan fungsinya.

1. Etika di meja makan merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada setiap individu. Cara kita makan menunjukkan keperibadian diri kita. Makan secara gelojoh boleh membawa persepsi negatif terhadap seseorang. Sehubungan dengan itu, kita mesti mengetahui asas etika di meja makan.

2. Penggunaan kutleri yang betul boleh menyelamatkan kita daripada terjebak didalam situasi yang kekok apabila berada di meja makan. Kutleri bagi sajian barat adalah pelbagai dan mempunyai fungsi tertentu. Kutleri bagi sajian Cina ataupun Melayu adalah berbeza. Ianya bergantung terhadap pihak penganjur yang menyediakan jenis menu yang dihidangkan di dalam suatu majlis jamuan rasmi.

3. Penggunaan sudu dan garpu yang betul adalah penting. Secara asasnya, kita memegang sudu di sebelah kanan dan garpu di sebelah kiri sekiranya sajian makanan Melayu dihidangkan. Memegang pisau disebelah kanan dan garpu disebelah kiri untuk sajian makanan Barat. Chopstick di sebelah kanan untuk sajian makanan Cina. Tidak mengambil kira sama ada anda seorang yang kidal.

4. Mengetahui gelas minuman yang betul juga boleh menyelamatkan keadaan. Gelas minuman kita adalah di sebelah kanan kita. Jangan sampai tersalah gelas, kerana anda akan menyebabkan salah seorang daripada tetamu yang duduk semeja bersama anda tidak dapat minum!


Gambar dari www.colostate-pueblo.edu
www.utsa.edu/today/2008/10/etiquette.cfm