ETIKET MEJA MAKAN
18 Disember 2012
Oleh Dr. Usang Anak Ngrambang
Ketua Unit Kemahiran Dinamika
Salam sejahtera
pelajar KML, berikut adalah beberapa panduan etiket meja makan.
Keperibadian
kita semasa majlis makan rasmi dapat
digambarkan melalui penampilan diri semasa majlis berkenaan. Makan bersama
orang lain merupakan satu bentuk perkongsian yang amat besar ertinya untuk
mewujudkan suatu suasana yang tenteram dan menyenangkan semasa menikmati juadah.
Berikut adalah beberapa tips yang perlu diberi perhatian semasa makan di
majlis makan rasmi.
Perkara
yang perlu dilakukan sebelum makan.Keluar dan masuk hendaklah melalui sebelah
kanan kerusi tempat duduk anda. Sebaik sahaja duduk (kerusi berhadapan
‘setting’) ambil napkin dan letakkan di
atas riba secara perlahan (bukan dikibas). Jangan mengalih, membelek-belek
pinggan dan kutleri (untuk melihat jenama) atau menukar susunannya . Jangan
lapkan pinggan/kutleri (menjatuhkan air
muka tuan rumah/pihak hotel).
Perkara
yang perlu diberi perhatian semasa majlis makan rasmi ialah seperti berikut.
Makanan dihidangkan dari sebelah kiri anda. Minuman dihidang dari sebelah
kanan. Pinggan kotor diambil dari sebelah kanan. Peraturan menggunakan kutleri
ialah dari luar ke dalam. Sup yang masih panas jangan pula ditiup. Biarkan sup
sejuk sendiri. Jangan mengangkat mangkuk dan menghirup terus dari mangkuk.
Untuk mengelakkan sup yang dihirup tidak tumpah, waktu menyuap hendaklah tundukkan kepala sedikit. Menyenduk sup ke
arah tengah meja dan di makan dari sisi sudu.
Tunggu
semua di meja mendapat makanan (sup/makanan utama) sebelum anda mula makan.
Apabila memakan masakan utama seperti steak/ayam atau bahan-bahan pengiringnya,
bahagian utama diletakkan hampir dengan anda . Potong kecil-kecil makanan utama
dan suap ke mulut satu persatu. Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar
. Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang, memadailah anda mengambil
bahagian yang terdekat sekali
Jika
anda memerlukan krim/susu dan gula untuk kopi, tuang krim/susu dahulu, kemudian
gula dan kacau perlahan-lahan. Sedapat mungkin, elakkan daripada merokok di
meja makan, kecuali semasa menghadapi
kopi (minta izin daripada tetamu lain dahulu). Elakkan sendawa dan bersin di
meja makan. Jika tidak dapat dikawal, tutup mulut anda dengan napkin, tunduk
sebelah kiri dan bersin (atau cepat-cepat tahan nafas dengan memicit hidung).
Faktor
lain yang perlu diambil berat ialah mengunyah makanan haruslah dengan mulut
yang tertutup agar tidak
mengeluarkan sebarang bunyi. Jangan bercakap dengan mulut yang dipenuhi
makanan. Jangan menggunakan tangan atau sebarang pencongkel gigi. Sebaiknya ia
dilakukan di toilet. Ketika di meja makan, jangan pula kamu bersolek dan
mendandan rambut. Semua ini
seeloknya dilakukan di toilet. Elakkan merokok di meja makan.
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment