Pentas Pengucapan Awam telah diadakan pada 10 Februari 2015. Aktiviti kali ini melibatkan 8 peserta akhir yang mewakili semua modul yang ditawarkan di Kolej Matrikulasi Kelantan. Pada semester ini, tema pengucapan awam adalah alam sekitar dan nilai-nilai murni.
Objektif utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi platform kepada pelajar menguji kemahiran berkomunikasi secara pengucapan awam. Selain daripada itu, perkongsian maklumat berkenaan alam sekitar dan nilai-nilai murni dapat disebarkan. Ramai pada hari ini lupa akan tanggungjawab terhadap alam sekitar dan amalan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian.
Beberapa bencana alam berlaku di seluruh dunia, dan manusia perlu belajar bertanggungjawab terhadap alam sekitar agar kerosakan yang berlaku disebabkan oleh bencana alam dapat dikurangkan.
Ketandusan amalan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat Malaysia juga mengingatkan kita bahawa perkara kecil seperti ucapan terima kasih boleh mengubah keadaan dan memberi impak kepada ahli masyarakat.
Antara peserta yang terlibat.
|
Muhammad Harrisuddin :Pencemaran Tanah |
|
Nurul Hafizah: Kepentingan Nilai-nilai Murni |
|
Wong: Kepentingan Membeli Barangan Buatan Malaysia |
|
Khor Chun Wei: Kepentingan Menjaga Alam Sekitar |
|
Amirin Sofia: Kepentingan Menjaga Alam Sekitar |
|
Priyangan : Tokoh Malaysia |
|
Amirul: Punca Pencemaran Alam Sekitar |
|
Darren : Tanah Tumpahnya Darahku |
No comments:
Post a Comment