Wednesday, May 5, 2010

Food Pyramid

Food Pyramid

1. Food pyramid merupakan satu panduan pengambilan nutrisi seharian. Melalui food pyramid kita boleh merancang diet yang seimbang. Food pyramid juga memberi panduan terhadap kategori makanan dan portion yang perlu diambil mengikut keperluan.

2. Percaya atau tidak, ada di antara kita tidak pernah mahu mengambil tahu apa yang badan kita perlukan. Pengambilan makanan perlu dikawal dan mengikut kesesuaian keperluan. Bukan mengikut hawa nafsu. Pengambilan makanan yang sihat dan mencukupi mampu menjana kesihatan tubuh badan dan minda.

3. Badan manusia merupakan satu aset yang perlu dijaga kerana tanpa kesihatan fizikal manusia tidak mampu untuk berfungsi dan memberi sumbangan terhadap kehidupan. Jagalah kesihatan anda dengan diet yang seimbang!


Gambar dari www.asu.edu

Tuesday, May 4, 2010

Rambut

Rambut dan Wanita

1. Rambut adalah penting bagi wanita atau lelaki. Bagi wanita yang tidak bertudung, rambut perlu diurus dan didandan dengan baik. Begitu juga dengan lelaki. Sama ada panjang atau pendek rambut seorang wanita atau lelaki, ia perlu diurus dengan baik.

2. Rambut memerlukan penjagaan rapi sebagaimana kita menjaga tubuh badan kita yang lain. Untuk mendapatkan rambut yang sihat, pemakanan perlu dijaga. Makanan yang membantu pertumbuhan rambut perlu diamalkan. Rambut kita menunjukkan apa yang kita makan. Anda boleh merujuk laman web di bawah berkenaan perkara di atas.


3. Terdapat banyak cara yang dikemukakan bagaimana menjaga rambut. Pilihlah mana-mana cara yang sesuai dengan cara hidup kita dan latarbelakang kita. Sekiranya ia menyusahkan, tukarlah kepada cara yang lebih praktikal ataupun ekonomikal. Terpulang kepada anda menentukannya!

Gambar dari thecomicalhat.wordpress.com

Sunday, May 2, 2010

Mendengar Secara Empati

1. Mendengar merupakan satu proses yang penting di dalam semua bentuk komunikasi. Mendengar secara empati pula merupakan satu kemahiran yang perlu dibentuk. Empati menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.

2. Apabila kita mendengar secara empati, bermaksud kita cuba memahami dan menyelami perasaan seseorang apabila dia sedang cuba menyampaikan sesuatu. Ini bermakna apabila A sedang bercakap, kita sebagai pendengar empati perlu mendengar dan memahami, bukan menghakimi atau memikirkan ayat seterusnya yang perlu dilemparkan kepada A.

3. Manusia secara amnya mahu difahami. Kadang-kadang orang yang bercakap tidak berminat untuk mengetahui pandangan atau nasihat daripada kita yang mendengar. Apabila seseorang sedang meluahkan perasaan, buah fikiran, atau saranan kita perlu menunggu isyarat sama ada dia mahukan feedback atau tidak. Sekiranya tidak, jangan bazirkan tenaga anda untuk bercakap. Dia mungkin tidak berminat untuk mendengar.

4. Namun begitu, ada beberapa keadaan. Ada yang mahu bercakap dan mahukan pandangan atau nasihat. Ada juga yang bercakap hanya mahu meluahkan perasaan dan tidak berminat akan pandangan kita. Jadi, anda apabila menjadi seorang pendengar perlulah bijak memahami dan membaca isyarat-isyarat yang disampaikan secara verbal atau non-verbal.