Tuesday, November 27, 2012

Pembentangan Pelajar

Selamat datang kepada semua pelajar WD021 Semester 2 2012/2013. Pada semester ini, Unit KD akan menggunakan pendekatan student-centered learning dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Ini bermakna, semua pelajar akan mengambil bahagian dan memainkan peranan masing-masing di dalam kumpulan kecil.

Setiap kumpulan tutoran akan dibahagikan kepada kumpulan kecil seramai 4-5 orang di dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan akan membuat pembentangan berdasarkan 3 topik utama iaitu Penampilan Diri, Kemahiran Berkomunikasi dan Pendidikan Kewarganegaraan. Pelajar akan membuat pembentangan dan menyediakan slide power point samada di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu bersama senarai rujukan.

Objektif utama pendekatan ini digunakan untuk memberi  platform kepada pelajar mengasah kemahiran membuat pembentangan dan mengaplikasikan teknik pengucapan awam. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mempelajari tatacara mengurus dan mencari maklumat dari pelbagai sumber. Kepelbagaian bahan dan sumber boleh dimanipulasi untuk mendapatkan bahan yang relevan dan berkenaan. Interaksi dan kerjasama di dalam kumpulan juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menghargai semangat bekerja dalam pasukan dan menghormati di antara satu dengan lain.

Harapan kami semoga pelajar WD021 akan terus dinamik dan proaktif sepanjang semester 2 2012/2013.