Wednesday, December 17, 2014

Etika dan Etiket

 A queen of England said to her granddaughter, "You may have been born a princess, but you will have to learn to be a lady."


Etika dan etiket merupakan dua perkataan yang mempunyai maksud yang berbeza. Ramai antara kita yang keliru dengan dua perkataan ini.

Etika menurut Kamus Dewan edisi keempat, etika merupakan ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain).

Menurut Cambridge Advanced Learner's Dictionary, ethic is a system of accepted beliefs which control behaviour, especially such a system based on morals.

Etika atau pun ethic adalah satu pegangan yang melibatkan nilai dan moral di dalam diri seseorang ataupun kumpulan. Etika merupakan satu panduan bagaimana sesebuah tatacara menguruskan sesuatu urusan atau bidang. Antaranya Etika Bekerja, Etika Mengurus Alam Sekitar, Etika Perniagaan dan sebagainya.

Etika wujud dan menjadi pegangan tanpa mengira sama ada seseorang  bersendirian ataupun berada di khalayak. Pegangan sesuatu etika yang kukuh di dalam diri seseorang menjadikan seseorang itu dihormati.

Etiket menurut Kamus Dewan edisi keempat pula adalah adat dan peraturan berkenaan kesopanan (terutamanya dalam kehidupan sosial atau dalam profesion tertentu). 

Cambride Advanced Learner's Dictionary mengatakan bahawa etiquette the set of rules or customs which control accepted behaviour in particular social groups or social situations.

Etiket adalah bagaimana tindak tanduk seseorang apabila berada di khalayak di dalam sesuatu situasi. Contoh yang paling mudah untuk memahami situasi yang melibatkan  etiket adalah seperti etiket di meja makan, etiket menghadiri majlis rasmi, etiket menaiki kenderaan awam, etiket membuat panggilan atau menerima panggilan telefon dan sebagainya.

Bagaimana kita belajar apa itu etiket?

A. Common Sense
  1. If you open, close it.
  2. If you turn it on, turn it off.
  3. If you move it, put it back.
  4. If you borrow it, return it.
  5. If you break it, repair it.
  6. If you make a mess, clean it up.
  7. If it is none of your concern, keep it that way.

B. Parents Modelling to Children.

C. Books

D. Watching Others: Be observant.

E. Trial and Error

Seseorang yang beretiket tidak semestinya mempunyai etika tetapi orang yang beretika semestinya memahami keperluan etiket di dalam kehidupan sehariannya.




Rujukan:

Cambridge Advanced Learner's Dictionary (2nd. ed). (2005). Singapore:Cambridge University Press.
Kamus Dewan Edisi Keempat.(2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Social Graces. (2003). The Orlando Institute.

Monday, September 15, 2014

Teks Ucapan

Contoh teks perasmian penutup
Majlis Penutup Program Semarak Merdeka 1Malaysia
Kolej Matrikulasi Kelantan
16 September 2014


DERAF TALKING POINTS 
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SEMARAK MERDEKA 1MALAYSIA
16 SEPTEMBER 2014

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  1. Sebagaimana kita semua maklum, majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 sempena Bulan Kemerdekaan di peringkat Kolej Matrikulasi Kelantan.
  2. Tema hari kemerdekaan pada tahun ini, MALAYSIA...DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA, yang dipetik daripada lagu "Warisan" yang dipopularkan Allayarham Sudirman Haji Arshad. Tema ini diharap dapat memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap Negara di dalam hati semua rakyat Malaysia.
  3. Negara kita telah merdeka baru mencapai usia 57 tahun. Masih jauh perjalanan kita mengisi kemerdekaan dan membangunkan negara yang tercinta ini. Suka saya ingatkan kepada pelajar untuk menjalankan tanggungjawab pelajar sebagai warganegara Malaysia dalam mengekalkan perpaduan dan keharmonian di kalangan pelajar.
  4. Justeru, saya ingin menyeru kepada semua pelajar supaya sentiasa perihatin terhadap sensitviti kaum dan agama, apabila menggunakan laman media sosial. Penyalahgunaan media  sosial boleh membawa kepada perpecahan dan konflik dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Pelajar berpendidikan tinggi sewajarnya mengambil tahu, 5 perkara utama yang telah disebutkan didalam Perlembagaan Malaysia. Sekiranya pelajar memahami dan mempunyai pengetahuan mengenai 5 perkara utama di dalam Perlembagaan Malaysia, mana mungkin timbul persoalan-persoalan yang menimbulkan konflik mencemar keharmonian dan perpaduan.
  5. Pelajar hari ini, merupakan aset negara pada masa hadapan. Sekiranya pelajar hari ini tidak menghargai nilai kemerdekaan negara, bagaimanakah nasib negara kita, Malaysia yang tercinta ini pada masa hadapan?
  6. Merujuk kepada 3 amanat merdeka oleh Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Kemerdekaan yang ke 57 baru-baru ini; mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi pahit getir cabaran, berdepan dengan dugaan, termasuk kebersatuan dalam kesedihan. Amanat ini sangat jelas, kepada kita semua supaya bersatu padu dalam apa jua keadaan, susah dan senang, gembira dan sedih.
  7. Amanat Merdeka Kedua; memupuk keyakinan bahawa kita mampu mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah negara bangsa jika wujudnya kebersatuan. Masa depan yang cerah akan menjadi milik semua, jika kita mempunyai ikhtiar-ikhtiar yang mantap dan hidup saling ganding-bergandingan demi sebuah hasrat yang murni itu. Di sini pelajar perlu ingat tanggungjawab pelajar untuk menjadi warganegara Malaysia yang berpendidikan tinggi dalam bidang Sains, Teknologi dan Perakaunan dan bersedia untuk memberi sumbangan kepakaran dalam bidang kritikal ini kepada negara.
  8. Amanat Merdeka Ketiga; Mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera. Malaysia negara tercinta adalah milik kita dan akan diwariskan kepada generasi dan keturunan hari muka.
  9. Akhir kata, saya dengan suci hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar dan tenaga pengajar KMKt dan dengan ini merasmikan penutupan program Semarak Merdeka 1Malaysia 2014!

Monday, August 25, 2014

Perspektif.

Perspektif I

Perspektif II

Perspektif III

Sayembara Suara Pujangga

Sayembara Suara Pujangga. Unit Kemahiran Dinamika. Kolej Matrikulasi Kelantan.

Penonton yang hadir.

Sokongan kepada wakil tutoran.

Penonton ceria menikmati persembahan.

Komitmen pelajar..

Sayembara Suara Pujangga

Pada 20 Ogos 2014 yang lepas, Sayembara Suara Pujangga anjuran Unit Kemahiran Dinamika, Kolej Matrikulasi Kelantan telah diadakan di Dewan Ibnu Yunus, bermula pukul 5 sehingga 7 petang sempena menyambut bulan kemerdekaan yang bermula pada 16 Ogos sehingga 16 September 2014. Program ini merupakan program pertama Unit Kemahiran Dinamika pada tahun 2014 melibatkan penyertaan pelajar Semester 1 Sesi 2014/2015. Jumlah penyertaan amat memberangsangkan, 30 penyertaan untuk kategori pelajar bumiputera dan 11 penyertaan kategori bukan bumiputera.

Matlamat utama program ini adalah untuk menyediakan platform kepada pelajar mendeklamasikan puisi bertemakan kemerdekaan negara. Pelajar juga dapat memperkasakan semangat cintakan negara serta memupuk minat pelajar untuk memartabatkan nilai-nilai perpaduan. Sajak yang dideklamasikan diambil dari buku Suara Kita:Antologi Seribu Sajak Merdeka, terbitan Jabatan Penerangan Malaysia. Buku ini mengandungi rakaman suara hati rakyat Malaysia terhadap erti kebebasan yang dinikmati bersama dalam genre sajak yang sarat dengan estetika, berseni serta tepu dengan anologi.

Antara coretan peserta pada hari tersebut.

Ketegasan menyampaikan sajak.

Yakin dan tenang mendeklamasikan sajak.

Mempamerkan emosi yang menyentuh jiwa.

Peserta bersemangat tinggi.

Peserta bumiputera.

Peserta bukan bumiputera.

Urusetia pengurusan peserta.

Barisan juri.

Monday, July 28, 2014

Salam Aidilfitri.
















1 Syawal 1435. 28 Julai 2014.
Selamat menyambut Hari Raya Puasa.
Semoga hari raya tahun ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada semua.

Tuesday, July 22, 2014

Mendengar

Mendengar merupakan satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh seseorang apabila berkomunikasi dengan orang lain. Kemahiran mendengar melibatkan aktiviti mendengar, menganalisis, memberi perhatian, memahami dan mengingati mesej yang disampaikan oleh penutur.  Mendengar bukan sahaja melibatkan sepasang telinga anda, ia juga melibatkan kebolehan pendengar membaca orang lain melalui pergerakan non verbal seseorang.

Listening vs Hearing
Ramai pelajar keliru apabila membaca kenyataan diatas. Percayalah ianya adalah dua perkara yang berbeza. Hearing ialah proses menangkap bunyi-bunyian yang dilakukan oleh telinga secara fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran otak namun listening adalah satu proses yang aktif melibatkan psikologi iaitu melakukan lebih daripada menangkap bunyi-bunyian tetapi mampu memahami, mengingati dan memberi respond kepada penutur.

Berapa ramai antara kita mengamalkan listening secara efektif mencerap, memproses dan menyimpan maklumat baru berdasarkan pendengaran yang dilakukan?

Pembelajaran efektif boleh berlaku apabila pelajar mempunyai kemahiran mendengar yang baik. Apabila seseorang pelajar mengaplikasikan mendengar secara aktif, saya percaya masa boleh digunakan dengan baik untuk mengulangkaji pelajaran. Mendengar secara aktif juga boleh membantu pelajar menggunakan kebolehan untuk menyalin nota dengan berkesan dan pantas. 

Mendengar secara aktif juga boleh melancarkan hubungan interpersonal antara pelajar dengan pensyarah, pelajar dengan pelajar, anak dengan ibu atau bapa, atau saya dengan awak. Urusan seharian manusia boleh dijalankan dengan baik apabila kedua-dua pihak mampu menyampaikan mesej dan boleh difahami. Arahan dari pihak atasan, teguran dari pihak berkuasa, penerangan dari pihak pensyarah boleh difahami dan dilaksanakan dengan berkesan.

Kebolehan pendengar mendengar, memahami dan menilai mesej yang disampaikan oleh penutur dapat membezakan samada anda menggunakan sepasang telinga yang dianugerahkan sebaik-baiknya atau tidak. Ada sebab mengapa manusia dicipta dengan sepasang telinga dan satu mulut sahaja. Proses pembelajaran boleh berlaku dimana-mana hanya dengan hanya melakukan aktiviti mendengar secara aktif!



Monday, June 16, 2014

Imej Diri

Imej adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ia datang dalam bentuk pakej pada diri seseorang. Sekiranya anda seorang ketua di dalam sebuah kumpulan atau organisasi, imej anda akan sentiasa menjadi buah mulut orang di sekeliling anda.

Menurut Rich Drinon, imej anda akan mewakili siapa diri anda, dari mana anda datang dan semua yang berkaitan dengan anda pada pandangan mata orang yang melihat. Menurut beliau lagi imej seseorang  mempunyai beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.

A untuk Attitude
Untuk menjadi seorang pemimpin anda perlu mempunyai attitude atau sikap yang sepatutnya. Ini datang dari dalam diri seseorang. Sikap yang positif perlu dibina dan dibangunkan. Banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk berada di dalam mod yang positif. Cara anda mengurus diri, cara anda memulakan hari anda dengan routin yang positif dapat memberi sumbangan dalam pembinan sikap yang positif. Bersenam, bermeditasi, berdoa, membaca, mendengar muzik dan banyak lagi cara yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian.

D untuk Dress
Seorang pemimpin perlu memahami kepentingan mengenakan pakaian yang sesuai mengikut tempat dan majlis serta mengenalpasti warna yang sesuai untuk diri masing-masing. Saiz pakaian perlu mengikut bentuk badan. Banyak bahan rujukan mengenai pakaian di pasaran pada hari ini, beberapa buku yang boleh dirujuk antaranya John Molloy's Dress for Success atau Carole Jackson's Color Me Beautiful dan Colour For Men. Jangan lokek untuk membeli bahan bacaan untuk mengemaskini pengetahuan anda mengenai pakaian.

E untuk Expression
Air muka seseorang memaparkan petunjuk yang jelas mengenai seseorang. Percayalah! Air muka anda ketika menyampaikan sesuatu atau memberi arahan akan memberi impak samada arahan diterima dengan baik atau sebaliknya. Eye contact anda perlu dikawal mengikut situasi. Sekiranya anda mahu difahami, arahan dipatuh, penyampaian mesej dalam bentuk arahan perlulah jelas dan selari dengan bahasa badan secara lisan atau bukan lisan.

P untuk Poise
Kebolehan anda mengawal sikap dan perasaan anda ketika berada di dalam situasi yang kritikal juga sangat penting. Sejauh mana anda mampu mengawal tindak tanduk dan perasaan dalam suasana yang mencabar. Poise melambangkan keperibadian seseorang dalam pelbagai situasi.

T untuk Tone
Intonasi seseorang semasa berkomunikasi boleh memberi petunjuk mengenai keperibadian seseorang. Intonasi juga boleh membantu pendengar mengenal pasti tahap autoriti seseorang dan samada bersikap asertif atau sebaliknya. Seorang pemimpin perlu tahu menggunakan intonasi yang sesuai untuk menyampaikan mesej mengikut keperluan. Semasa berjumpa orang baru, semasa membincangkan suatu urusan kerjasama dengan pelanggan atau pelabur intonasi dapat memberi impak.

Imej adalah perkara penting yang perlu dibina dalam diri seseorang. Seorang pemimpin terutamanya perlu mempunyai pakej yang lengkap dan boleh dipaparkan di dalam imej yang ditampilkan. Percayalah first impression mengenai diri anda mampu memberi impak yang besar dalam semua urusan seharian anda!


Rujukan
Weinberg Dr., G., & Rowe, D. (1998). The projection principle. New York, NY:St. Martin's Press.
Rich Drinon. Managing leadership image, perception & misperceptions. Retrieved from http://www.kscpa.org on Jun 15, 2014.

Monday, March 24, 2014

A Night To Remember

Barisan pengacara majlis.
Calon King & Queen.
Calon King & Queen.
Calon King & Queen.

A Night To Remember.

Mac 23, 2014: A Night To Remember, tema majlis makan malam Unit Kemahiran Dinamika untuk Semester II 2013/2014 telah diadakan di Hotel Tiara Labuan. Majlis makan malam diserikan dengan kehadiran Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas, En. Ahzan B. Bakrin. Pensyarah Kemahiran Dinamika yang lain seperti En. Nanda Kumar a/l Damodaran, En. Aizamin B. Abdul Aziz, Cik Wong turut hadir dan Penyelaras makan malam adalah En. M.T.Azar Azahir B. Shamsuddin.
Seramai 204 orang pelajar Modul I dan III menyertai majlis makan malam ini. Tutorial BP4T20 merupakan Jawatankuasa makan malam. Tahniah! kepada BP4T20 kerana membuat persiapan yang rapi dan sekaligus menjayakan majlis makan malam semester ini.

Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas merasmikan makan malam.
Persembahan bertenaga pelajar.
Ucapan oleh penyelaras majlis makan malam.
Vokal luar biasa pelajar.
Sambutan harijadi pada bulan Mac.
Persembahan berkumpulan pelajar.
King & Queen of the Night.

Monday, February 24, 2014

Program Apresiasi Sastera Modul Kenegaraan.

Persembahan pelajar.

Pada Negara Ini karya Joseph Selvam.

Syair "Berbuat Jasa" Irama Versi Melaka.

 
Merpati Puti, Jelajahilah Dunia Ini karya Usman Awang.





Sumpah Tanah Air karya Dharmawijaya.

Persembahan Solo.

Orang Tua dan Anak Kunci karya Wu An.

Persembahan Minit Terakhir.

Program Apresiasi Sastera Modul Kenegaraan.

Sempena tahun baru 2014, antara program baru yang dianjurkan oleh unit KD KML adalah Program Apresiasi Sastera Modul Kenegaraan serta Bengkel Penulisan Kreatif. Program ini berkolaberasi bersama Perbadanan Labuan, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Jabatan Pelancongan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bengkel Penulisan Kreatif yang menampilkan Encik Ismail Kassan, penerima Anugerah Sea dan Writer Award 2012 merupakan daya penarik kepada semua peminat penulisan kreatif dan sastera. Bengkel yang melibatkan lebih 250 orang pelajar KML berjalan selama 3 hari bermula 21 Februari sehingga 23 Februari 2014. Majlis Perasmian Penutupan Program Apresiasi Sastera Modul Kenegaraan pada 23 Februari 2014 berlangsung di Dewan Mutiara KML.

Antara persembahan pelajar pada malam penutupan.

Ketibaan Timbalan Pengarah KML bersama tetamu jemputan.

Persembahan pelajar,

Nazam "Kasih Ayah dan Ibu" Irama Versi Kedah dan Perlis.

 
Persembahan penuh jiwa dan penghayatan.



Tolong Aku Ayah, Tolong Aku Ibu karya Hashim Yaacob.

Genta Cinta karya Lim Swee Tin.

Syair Definisi Orang Berakal karya Irama Perindu.

Persembahan pelajar.

Tanah Ini Akan Mencintai Aku karya Latif Mohidin.