Monday, August 25, 2014

Sayembara Suara Pujangga

Pada 20 Ogos 2014 yang lepas, Sayembara Suara Pujangga anjuran Unit Kemahiran Dinamika, Kolej Matrikulasi Kelantan telah diadakan di Dewan Ibnu Yunus, bermula pukul 5 sehingga 7 petang sempena menyambut bulan kemerdekaan yang bermula pada 16 Ogos sehingga 16 September 2014. Program ini merupakan program pertama Unit Kemahiran Dinamika pada tahun 2014 melibatkan penyertaan pelajar Semester 1 Sesi 2014/2015. Jumlah penyertaan amat memberangsangkan, 30 penyertaan untuk kategori pelajar bumiputera dan 11 penyertaan kategori bukan bumiputera.

Matlamat utama program ini adalah untuk menyediakan platform kepada pelajar mendeklamasikan puisi bertemakan kemerdekaan negara. Pelajar juga dapat memperkasakan semangat cintakan negara serta memupuk minat pelajar untuk memartabatkan nilai-nilai perpaduan. Sajak yang dideklamasikan diambil dari buku Suara Kita:Antologi Seribu Sajak Merdeka, terbitan Jabatan Penerangan Malaysia. Buku ini mengandungi rakaman suara hati rakyat Malaysia terhadap erti kebebasan yang dinikmati bersama dalam genre sajak yang sarat dengan estetika, berseni serta tepu dengan anologi.

Antara coretan peserta pada hari tersebut.

Ketegasan menyampaikan sajak.

Yakin dan tenang mendeklamasikan sajak.

Mempamerkan emosi yang menyentuh jiwa.

Peserta bersemangat tinggi.

Peserta bumiputera.

Peserta bukan bumiputera.

Urusetia pengurusan peserta.

Barisan juri.

No comments:

Post a Comment