Monday, September 15, 2014

Teks Ucapan

Contoh teks perasmian penutup
Majlis Penutup Program Semarak Merdeka 1Malaysia
Kolej Matrikulasi Kelantan
16 September 2014


DERAF TALKING POINTS 
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SEMARAK MERDEKA 1MALAYSIA
16 SEPTEMBER 2014

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  1. Sebagaimana kita semua maklum, majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 sempena Bulan Kemerdekaan di peringkat Kolej Matrikulasi Kelantan.
  2. Tema hari kemerdekaan pada tahun ini, MALAYSIA...DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA, yang dipetik daripada lagu "Warisan" yang dipopularkan Allayarham Sudirman Haji Arshad. Tema ini diharap dapat memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap Negara di dalam hati semua rakyat Malaysia.
  3. Negara kita telah merdeka baru mencapai usia 57 tahun. Masih jauh perjalanan kita mengisi kemerdekaan dan membangunkan negara yang tercinta ini. Suka saya ingatkan kepada pelajar untuk menjalankan tanggungjawab pelajar sebagai warganegara Malaysia dalam mengekalkan perpaduan dan keharmonian di kalangan pelajar.
  4. Justeru, saya ingin menyeru kepada semua pelajar supaya sentiasa perihatin terhadap sensitviti kaum dan agama, apabila menggunakan laman media sosial. Penyalahgunaan media  sosial boleh membawa kepada perpecahan dan konflik dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Pelajar berpendidikan tinggi sewajarnya mengambil tahu, 5 perkara utama yang telah disebutkan didalam Perlembagaan Malaysia. Sekiranya pelajar memahami dan mempunyai pengetahuan mengenai 5 perkara utama di dalam Perlembagaan Malaysia, mana mungkin timbul persoalan-persoalan yang menimbulkan konflik mencemar keharmonian dan perpaduan.
  5. Pelajar hari ini, merupakan aset negara pada masa hadapan. Sekiranya pelajar hari ini tidak menghargai nilai kemerdekaan negara, bagaimanakah nasib negara kita, Malaysia yang tercinta ini pada masa hadapan?
  6. Merujuk kepada 3 amanat merdeka oleh Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Kemerdekaan yang ke 57 baru-baru ini; mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi pahit getir cabaran, berdepan dengan dugaan, termasuk kebersatuan dalam kesedihan. Amanat ini sangat jelas, kepada kita semua supaya bersatu padu dalam apa jua keadaan, susah dan senang, gembira dan sedih.
  7. Amanat Merdeka Kedua; memupuk keyakinan bahawa kita mampu mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah negara bangsa jika wujudnya kebersatuan. Masa depan yang cerah akan menjadi milik semua, jika kita mempunyai ikhtiar-ikhtiar yang mantap dan hidup saling ganding-bergandingan demi sebuah hasrat yang murni itu. Di sini pelajar perlu ingat tanggungjawab pelajar untuk menjadi warganegara Malaysia yang berpendidikan tinggi dalam bidang Sains, Teknologi dan Perakaunan dan bersedia untuk memberi sumbangan kepakaran dalam bidang kritikal ini kepada negara.
  8. Amanat Merdeka Ketiga; Mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera. Malaysia negara tercinta adalah milik kita dan akan diwariskan kepada generasi dan keturunan hari muka.
  9. Akhir kata, saya dengan suci hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar dan tenaga pengajar KMKt dan dengan ini merasmikan penutupan program Semarak Merdeka 1Malaysia 2014!

No comments:

Post a Comment