Thursday, February 12, 2015

MATRIKULASI P.R.I.H.A.T.I.N

Konvoi Matrikulasi P.R.I.H.A.T.I.N Bantuan Pasca Banjir pada 29 Januari 2015 bersamaan hari Khamis, telah dianjurkan oleh Kolej Matrikulasi Kelantan. Bantuan diberikan kepada pelajar dan pensyarah yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini.Selain daripada memberi bantuan, pihak kolej juga melakukan peninjauan dengan menyediakan soal selidik untuk mengenal pasti keperluan sebenar mangsa banjir. Melalui soal selidik yang dilakukan pihak kolej boleh mendapat gambaran sebenar akan keperluan dan jenis bantuan yang perlu disalurkan kepada mangsa banjir. 7 pelajar dan seorang pensyarah telah disenarai pendek oleh pihak kolej. Pelajar dan pensyarah yang terlibat adalah:
  • Raja Azman bin Raja Abdul Hadi di Kg. Pemberian, Kuala Krai, 
  • Mohd Asyraf bin Che Arifin di Kg. Manjor Kuala Krai, 
  • Fatini Wahida bt Mah Husin di Kg. Lepan Jenut Manek Urai, Kuala Krai, 
  • Nur Syafrena bt Rosli di Kg. Kenor Jln Batu Balai, Kuala Krai
  • Siti Najwa bt Mohd Hasni di Belakang SMK Keroh, Kuala Krai
  • Nurul Hafizah bt Mohamad Nor di Kg. Bukit Sireh, Kuala Krai
  • Nur Nassuriah bt Bakar di Kg Bukit Sireh, Kuala Krai dan
  • Pn. Zaihasma bt Ismail di Manek Urai, Kuala Krai.


Keadaan di dalam rumah.

Mangsa menerangkan keadaan rumah beliau.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Banjir 2014 menjadi catatan bersejarah.

Harapan.

No comments:

Post a Comment