Sunday, June 6, 2010

Protokol

1. Perkataan protokol berasal daripada cantuman perkataan Yunani protos (bermaksud pelekat) dan kolla (bermaksud status atau kedudukan).

2. Menurut Kamus Dewan (1993), protokol merupakan peraturan-peraturan atau prosedur menyambut tetamu dalam istiadat rasmi negara.

3. Di Malaysia, protokol boleh diertikan sebagai peraturan, tatacara, atau amalan sosial kehidupan bermasyarakat.

4. Menurut Poerwalarminta (1976), protokol merupakan upacara dan etiket yang dipatuhi oleh semua diplomat dan ketua negara sebelum sesuatu perjanjian atau dokumen rasmi ditandatangani.

5. Mary Jame dan Ranline (1972), menyebut bahawa protokol bukan amalan tetap tetapi sering berubah mengikut perkembangan budaya kehidupan.

6. Longmans (1996), mentafsir protokol sebagai suatu sistem upacara mengenai peraturan-peraturan yang ditetapkan dan amalan yang diterima oleh wakil atau tetamu kerajaan dalam upacara rasmi.

7. Menurut Rahmat (2002), protokol merupakan kod amalan masyarakat sosial yang dihasilkan berdasarkan interaksi sejak beribu-ribu tahun. Amalan masyarakat sosial ini merangkumi cara dan gaya duduk, berpakaian, panggilan yang sesuai, susunan tempat duduk dan acara, kesesuaian kata-kata aluan dan ucapan, dan sebagainya.


Rujukan:

Mook Soon Sang. (2010). Teks lengkap PTK.Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment