Thursday, May 27, 2010

Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan W.P.Labuan

Datuk Kol.(K) Hj. Yussof Hj. Mahal melihat pameran 1Malaysia.

Ann Way's artis jemputan memberi persembahan yang bertenaga.

Kumpulan Kita Satu dari KML.


1.Tahniah! Kepada pemenang dan semua peserta yang menyertai pertandingan Pengkisahan Kenegaraan 2010 Peringkat W.P.Labuan yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan W.P.Labuan dengan kerjasama Unit Kemahiran Dinamika KML pada 26 Mei 2010 di Dewan Mutiara KML.

2. 3 kumpulan dari 5 penyertaan mewakili KML telah berjaya melonjakkan nama KML apabila berjaya menggondol tempat kedua Naib Johan, dan 2 hadiah saguhati. Masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM1500 Naib Johan dan RM1000 saguhati.

3. Pengkisahan Kenegaraan merupakan satu pertandingan mengkisahkan peristiwa bersejarah dalam bentuk bersyair, berpuisi, menyanyi, berlakon dan sebagainya berdasarkan kreativiti masing-masing. Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk berkisah.

4. YB Datuk Kol(K) Hj. Yusof Hj.Mahal telah hadir sama merasmikan pertandingan kali ini. Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Maju dan Sejahtera, dan 1Malaysia oleh kumpulan Koir KML. Kumpulan Koir KML yang disertai oleh seramai 49 pelajar dari pelbagai jurusan di bawah pimpinan En. Emanuel Godsung dari Unit Pendidikan Islam dan Moral.

5. Penonton turut dihiburkan oleh persembahan artis jemputan Ann Way's dari Unit PENTARAMA Jabatan Penerangan Malaysia. Program juga turut disertakan dengan Pameran 1Malaysia yang memaparkan kepelbagaian Wajah Sabah, Flora dan Fauna Sabah, Kerjaya Sabah, Pembangunan Sabah, Budaya Sabah dan maklumat menarik mengenai negeri Sabah. Keterangan serta konsep 1Malaysia turut dipaparkan di pameran tersebut.

6. Unit Kemahiran Dinamika merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua warga KML yang terlibat menjayakan program ini. Rakaman penghargaan terima kasih khusus kepada pelajar jurusan Sains Fizikal dan Perakaunan yang telah memberikan komitmen yang tinggi selaku urusetia bersama. Sebagai tanda penghargaan semua pelajar serta warga kerja KML yang terlibat dalam program ini diberikan sijil penghargaan oleh Jabatan Penerangan W.P. Labuan.


Foto:Madeline Liew Szu Hwa dan Magnoleo Masjunah

No comments:

Post a Comment