Tuesday, December 11, 2012

Pembentangan Pelajar II

Pembentangan pelajar sudah berjalan bermula pada 3 Disember 2012. Topik yang dibentangkan adalah topik Penampilan Diri. Saya ingin berkongsi beberapa tips semasa membuat pembentangan. Melalui pemerhatian saya selama 2 minggu terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Antaranya:

  1. Slide power point - kumpulan pembentang perlu menyediakan slide dengan clean background atau pun background yang bersih, kosong dan simple. Perkara ini boleh memberi kesan kepada audience lebih fokus dan memberi perhatian terhadap isi kandungan yang dipaparkan oleh pembentang. Di sini pendekatan less is more adalah sangat relevan.
  2. Fontfont  yang dicadangkan adalah Arial dan size adalah 12 atau 14.
  3. Masa -  Masa yang diberikan adalah 45 minit. Kumpulan pembentang haruslah bijak membahagikan masa dan giliran pembentang terhadap subtopik di dalam pembentangan.
  4. Body language - apabila membuat pembentangan pastikan eye contact  dengan audience berlaku. Jangan takut atau segan untuk memandang kepada audience. Berdirilah dengan yakin dan tenang apabila membuat pembentangan. Facial expression juga perlulah manis dan sesuai. Jangan terlalu beku atau janggal.
  5. Intonasi - Volum suara dan intonasi perlulah diberi perhatian. Jangan membentang dengan suara yang keras, kasar atau terlalu perlahan. Biasakan penggunaan Bahasa Melayu yang standard. Sekiranya ingin menerangkan sesuatu di dalam Bahasa Inggeris, pastikan ayat yang digunakan mudah difahami oleh audience. Suara perlulah jelas, terang dan bahasa yang digunakan adalah mudah difahami oleh audience.
  6. Senarai rujukan - Pastikan di dalam slide terakhir senarai rujukan perlu dipaparkan. Rujukan perlu ditulis di dalam format APA. Acknowledgement terhadap sumber adalah penting. Bahan yang diperoleh dari pelbagai sumber perlu dimasukkan di dalam senarai rujukan.Pastikan pembentang mencari bahan dari pelbagai sumber mengikut keutamaan iaitu buku, kamus, majalah, suratkhabar dan laman web.
  7. Penampilan diri - Penampilan diri semasa membuat pembentangan adalah kemas dan bersih. Pakaian yang digunakan sebenarnya dapat membantu meningkatkan keyakinan diri pembentang. Warna pakaian adalah yang sesuai dengan warna kulit dan usia. Jangan 'terlampau' apabila mengenakan pakaian.

 

No comments:

Post a Comment