Friday, April 30, 2010

Berbual vs. Mendengar

Perbualan antara 2 individu.

1. Berbual atau bersembang adalah satu perkara yang menyeronokkan. Ada tatacara yang boleh diamalkan apabila anda sedang berbual atau bersembang. Samada ianya berlaku dalam suasana formal ataupun tidak formal.

2. Perbualan boleh berlaku antara 2 orang atau lebih.Apabila berbual ada pihak yang akan bercakap dan satu pihak lagi pendengar. Bercakap dan mendengar adalah 2 perkara yang berbeza. Apabila A sedang bercakap, B dan C perlu mendengar sebelum memberi feedback. Mendengar melibatkan proses memahami dan menganalisa content.

3. Jadi apabila anda berbual, pastikan anda memahami dan menganalisa dengan betul. Bukan mendengar apa yang kita mahu dengar. Ada juga antara kita tidak berminat untuk mendengar. Hanya suka menyambung atau menghabiskan ayat orang lain dengan andaian kita memahami mereka dengan betul.

4. Topik perbualan juga perlu sesuai. Pilihlah topik yang boleh dikongsi bersama. Tidak menyentuh isu-isu yang sensitif, seperti fahaman agama, politik atau topik yang lucah. Kita tidak mahu menimbulkan ketidakselesaan dengan orang yang berbual bersama kita.


No comments:

Post a Comment