Wednesday, April 28, 2010

Komunikasi Non-Verbal

1. Komunikasi non-verbal merupakan satu jenis komunikasi yang berlaku tanpa menggunakan kata-kata. Ia boleh berlaku kerana manusia mampu memahami mesej yang diberi dan diterima tanpa menggunakan kata-kata.

2. Komunikasi NV boleh dilakukan melalui sentuhan, body language dan posture, facial expression, dan eye contact.

3. Selain daripada itu, komunikasi NV juga boleh dilakukan melalui beberapa objek yang boleh berkomunikasi seperti penggunaan warna, stail rambut tertentu ataupun penggunaan simbol.

4. Apabila kita berada di suatu tempat, cuba perhatikan beberapa perkara yang disebut di atas. Kita boleh memahami sesuatu budaya atau amalan melalui penggunaan simbol-simbol tertentu. Apabila kita berada di masjid, kita boleh perhatikan, wanita memakai telekung berwarna putih. Lelaki pula berbaju melayu dan berkain pelekat (pemandangan yang tipikal pada hari raya contohnya). Pakaian tersebut mewakili rakyat Malaysia yang beragama Islam.

5. Ataupun apabila kita menghadiri sebuah konsert pada malam minggu. Cuba perhatikan fesyen dan stail rambut yang dikenakan oleh peminat yang hadir. Dari situ kita boleh mengagak, siapa penyanyi yang mengadakan konsert atau jenis muzik yang akan didendangkan.

Peminat Punk


Peace



No comments:

Post a Comment