Thursday, May 20, 2010

Imej

1.Imej merupakan satu pengenalan diri yang boleh dilihat. Imej seseorang boleh memberitahu tentang latarbelakang dirinya dan mewakili organisasinya. Pandangan pertama seseorang mengenai imej yang dibawa akan kekal di dalam ingatan.

2. First impression mengenai seseorang selalunya kekal di dalam ingatan. Percaya atau tidak, pembentukan imej individu boleh dibentuk dan dibina. Tiada alasan mengatakan saya tidak boleh membina imej yang lebih baik dari yang sedia ada.

3. Pemilihan pakaian yang sesuai, cara kita berkomunikasi dan tingkah laku kita apabila berada di sesuatu tempat memaparkan imej diri yang kita bawa secara tidak langsung. Walaupun bunyinya seperti perkara kecil, tetapi 3 perkara inilah yang akan kekal di dalam ingatan mengenai seseorang.

4. Imej perlu konsisten. Namun begitu, imej juga boleh berubah mengikut usia. Imej dan perkembangan fesyen semasa adalah 2 perkara yang berbeza. Jangan pula kita tersilap, terlalu obses dengan perkembangan fesyen semasa dan memusnahkan imej diri.

No comments:

Post a Comment