Sunday, May 2, 2010

Mendengar Secara Empati

1. Mendengar merupakan satu proses yang penting di dalam semua bentuk komunikasi. Mendengar secara empati pula merupakan satu kemahiran yang perlu dibentuk. Empati menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.

2. Apabila kita mendengar secara empati, bermaksud kita cuba memahami dan menyelami perasaan seseorang apabila dia sedang cuba menyampaikan sesuatu. Ini bermakna apabila A sedang bercakap, kita sebagai pendengar empati perlu mendengar dan memahami, bukan menghakimi atau memikirkan ayat seterusnya yang perlu dilemparkan kepada A.

3. Manusia secara amnya mahu difahami. Kadang-kadang orang yang bercakap tidak berminat untuk mengetahui pandangan atau nasihat daripada kita yang mendengar. Apabila seseorang sedang meluahkan perasaan, buah fikiran, atau saranan kita perlu menunggu isyarat sama ada dia mahukan feedback atau tidak. Sekiranya tidak, jangan bazirkan tenaga anda untuk bercakap. Dia mungkin tidak berminat untuk mendengar.

4. Namun begitu, ada beberapa keadaan. Ada yang mahu bercakap dan mahukan pandangan atau nasihat. Ada juga yang bercakap hanya mahu meluahkan perasaan dan tidak berminat akan pandangan kita. Jadi, anda apabila menjadi seorang pendengar perlulah bijak memahami dan membaca isyarat-isyarat yang disampaikan secara verbal atau non-verbal.

No comments:

Post a Comment