Monday, May 10, 2010

Kemahiran Berkomunikasi

Komunikasi antara rakan sekerja.

1. Kemahiran Berkomunikasi adalah satu keperluan yang perlu ada pada setiap individu. Mengapa ia sangat penting di dalam sesebuah organisasi? Apakah kepentingan kemahiran berkomunikasi terhadap seseorang yang menjadi ahli sebuah organisasi? Bukankah semua individu yang dilahirkan memang boleh berkomunikasi?

2. Kemahiran Berkomunikasi sangat penting. Tidak mengira apakah status anda sebagai seorang pekerja atau sedang mendapatkan pekerjaan. Ada beberapa sebab mengapa kemahiran berkomunikasi perlu dipertingkatkan antaranya:

  1. Temuduga - Apabila anda menghadiri temuduga, kemahiran berkomunikasi akan teruji. Di sini adalah medan di mana anda berusaha untuk 'menjual diri' anda melalui kemahiran berkomunikasi. Sekiranya anda berjaya menarik perhatian dan meyakinkan panel penemuduga, ini bermakna anda sudah berjaya berkomunikasi dengan berkesan.
  2. Menjalankan tugas dengan baik - Percaya atau tidak apabila anda bekerja, anda memerlukan kemahiran berkomunikasi yang mantap. Apabila bertugas, keperluan mendapatkan maklumat, perbincangan, mengeluarkan arahan, bekerja di dalam satu kumpulan, berinteraksi dengan rakan sekerja, dan memberi perkhidmatan kepada client memerlukan kemahiran hubungan kemanusiaan.
  3. Maju di dalam kareer - Apabila menjadi ahli sesebuah organisasi, menjadi pekerja yang proaktif sangat dialu-alukan. Majikan memerlukan seorang pekerja yang boleh berfikir, memikirkan inisiatif dan boleh menyelesaikan masalah. Sekiranya anda dilihat sebagai seorang yang boleh membuat kerja, boleh menyampaikan buah fikiran bagaiman sesuatu sistem atau produk/perkhidmatan dipertingkatkan, percayalah anda sedang maju setapak ke hadapan di dalam kareer anda.
3. Kemahiran Berkomunikasi di dalam sebuah organisasi sangat penting. Ini tidak dapat disangkal lagi. Kemahiran membodek dan kemahiran berkomunikasi merupakan dua perkara yang berbeza. Anda yang menentukan kemahiran mana yang perlu dipertingkatkan!


Gambar dari www.businessimagejournal.com

No comments:

Post a Comment